Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKenanga Research kekalkan saranan ‘wajaran tinggi’ terhadap sektor pembinaan

    Kenanga Research kekalkan saranan ‘wajaran tinggi’ terhadap sektor pembinaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kenanga Research mengekalkan saranan “wajaran tinggi” terhadap sektor pembinaan menjelang pelancaran pelbagai projek infrastruktur awam mega seperti Transit Aliran Massa 3 (MRT3), Transit  Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas, projek pengurangan banjir berskala besar serta pakej baharu Lebuhraya Pan Borneo.

    Dalam nota penyelidikannya hari ini, katanya MRT3 bernilai RM45 bilion akan menyediakan sambungan ke laluan MRT, LRT, monorel dan tren sedia ada di Lembah Klang melalui stesen pertukaran manakala LRT Bayan Lepas bernilai RM9.5 bilion akan membantu meredakan kesesakan lalu lintas teruk di Pulau Pinang.

    Pelancaran lain adalah enam projek pengurangan banjir yang dilaporkan bernilai RM13 bilion termasuk kerja-kerja pengurangan banjir di Sungai Johor, Johor, pembinaan takungan dwifungsi Sungai Klang-Sungai Rasau, Selangor dan pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 3, Kelantan, dan pakej baharu bagi Lebuhraya Pan Borneo.

    “Kami yakin terdapat pekerjaan yang cukup untuk semua peserta. Kami tidak bimbang dengan perbelanjaan pembangunan kasar yang lebih rendah sebanyak RM90 bilion dalam Belanjawan 2024 berbanding RM97 bilion yang dianggarkan dalam Belanjawan 2023 kerana kerajaan boleh memanfaatkan DanaInfra Nasional Bhd untuk membiayai projek awam berskala besar ini berdasarkan aktiviti luar lembaran imbangan,” katanya. 

    Sementara itu, Kenanga Research berkata pasaran pembinaan sektor swasta akan kekal bertenaga, disokong oleh pelaburan besar-besaran dalam faundri semikonduktor baharu dan pusat data.

    “Malaysia semakin menerima tarikan dari segi destinasi untuk pelaburan pusat data, seperti yang dibuktikan oleh Tenaga Nasional Bhd yang telah menandatangani perjanjian bekalan elektrik dengan sembilan pusat data yang memerlukan potensi permintaan tenaga sebanyak 2,300 megawatt (MW).

    “Setakat ini, sembilan pusat data telah siap dengan jumlah permintaan tenaga sebanyak 635MW,” katanya.

    ALSO READ:  Polis P Pinang utamakan terima laporan, bukan pakaian pengadu

    Syarikat penyelidikan itu berkata pilihan utamanya adalah Gamuda Bhd, IJM Corporation Bhd dan Sunway Construction Group Bhd (Suncon).

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts