Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKenapa Anwar membungkam kes ‘A&W’ J-Kom, soal PN

    Kenapa Anwar membungkam kes ‘A&W’ J-Kom, soal PN

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN l Seorang ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sikap membungkam Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai skandal dalaman membabitkan dua kakitangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), sedangkan ia satu daripada jabatan yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

    Wan Saiful Wan Jan (PN-Bukit Gelugor) berkata jika Anwar tidak boleh menjalankan tugas itu, maka Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) harus mengambil alih J-Kom yang mungkin lebih menjimatkan dan membolehkan perananannya dijalankan secara efektif.

    Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani

    “Hingga kini perdana Menteri yang lantik ketua pengarah (Mohammad Agus Yusoff) tidak berikan sebarang komen.

    “Kita lihat juga J-Kom ini dari segi perananannya saya rasa ada kegagalan yang berlaku. Yang mana dakwaan salah laku di peringkat J-Kom yang kita sekarang ini yang kita kenali sebagai skandal A&W ini.

    “Jika perdana Menteri part time kita tidak boleh menjalankan tugas dan perananan J-Kom ambil alih J-Kom dan letak di bawah KKD (Kementerian Komunikasi Digital),” katanya pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

    Wan Saiful mengaitkan penyebaran video perbualan yang dikaitkan dengan bekas ketua pengarahnya dan seorang kakitangan jabatan itu.

    Dia juga mencadangkan supaya J-Kom yang dilihat gagal memainkan perananannya dengan berkesan tidak bertindan dengan perananan program Komuniti Madani yang akan ditubuhkan nanti.

    Katanya, program dengan jumlah peruntukan yang banyak seharusnya melibatkan semua pihak tanpa memikirkan soal politik kepartian.

    “Jadi kebimbangan saya adalah Komuniti Madani ini ditubuhkan dioperasikan sebagai satu jentera yang bersifat politik kepartian. Saya meminta jaminan pihak kementerian bahawa Komuniti Madani ini tidak ditubuhkan berdasarkan kepentingan politik kepartian.

    “Kita libatkan komuniti betul-betul, kita libatkan komuniti secara keseluruhan barulah berbaloi dengan peruntukan yang diberikan,” katanya.

    ALSO READ:  NSK mohon maaf terpamer 'daging katak' di pasar raya

    Wan Saiful juga menuntut penjelasan berhubung peruntukan sebanyak RM1bilion bagi pelaksanaan program Komuniti Madani.

    Jelasnya dia tidak mendapat perincian mengenai perkara itu dan ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan dana yang diperuntukkan kerajaan itu.

    “Saya sekali lagi memohon jaminan pihak kerajaan dalam melantik mereka yang menganggotai Komuniti Madani ini, ia tidak dijadikan ruang untuk menyalahgunakan dana kerajaaan untuk memberi elaun kepada mereka yang memegang jawatan dalam parti peringkat bahagian atau cawangan,” katanya.

    Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas)

    Ahmad Fadhli Shaari (PN- Pasir Mas) pula meminta kerajaan jika tidak mahu memansuhkan J-Kom perlu melantik orang yang benar-benar layak untuk menerajui jabatan itu.

    Katanya, video yang tular sebelum ini berkait dengan kepompinan J-Kom tidak sepatutnya berlaku lagi.

    “Tak mahu apa yang tular dalam video baru-baru ini, satu video yang sangat memalukan walaupun di bawah sisatan polis, tapi saya ingin sebut, perlu jadi pegajaran kepada kita semua untuk melantik mana-mana pihak bagi mengetuai agensi-agensi kerajaan.

    “Kalau video itu benar, sangat memalukan. Kalau video tak benar, apa yang disebut dalam kenaytaan yang disebut ialah konspirasi dalam jabatan kerajaan, itu lebih teruk lagi,” katanya di Dewan Rakyat.

    Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo)

    Sementara itu, Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) tidak mahu program Komuniti Madani dijadikan jentera parti politik, sebaliknya perlu menjadi agen untuk menyebarkan maklumat sahih kepada masyarakat.

    Katanya, pelaksanaan Komuniti Madani harus dilibatkan ahli Parlimen dan Adun kerajaan.

    “Komuniti Madani harus dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat yang tepat selain melibat ahli Parlimen dan Adun kerajaan,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts