Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, digugat kerana melaporkan terus kes yang melibatkan menantu Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Khairuddin Abu Hassan, menyatakan bahawa Azam sepatutnya tidak berbuat demikian kerana Anwar merupakan musuh politik Muhyiddin. Khairuddin juga menyifatkan Azam sebagai seseorang yang tidak layak memimpin SPRM serta menjadi ‘kaki bodek’ kepada PMX. Dalam satu kenyataan, Khairuddin mengingatkan SPRM agar tidak digunakan sebagai agen untuk memburukkan musuh politik atas nama pemimpin kerajaan. Khairuddin juga meminta DYMM Yang di-Pertuan Agong memerhatikan sikap tidak bermoral Azam Baki dalam kes ini. Beliau bertanya mengapa Azam Baki perlu menelefon PMX khususnya berkaitan dengan kes siasatan yang melibatkan musuh politiknya. Beliau menyatakan reputasi Azam Baki dan SPRM telah lama tercampak ke ‘longkang’.