Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Kenapa sekolah Cina jadi isu, anak pemimpin PAS pun ada masuk SJKC'

    ‘Kenapa sekolah Cina jadi isu, anak pemimpin PAS pun ada masuk SJKC’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB l Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan PAS yang dilihat masih tidak boleh menerima kewujudan sekolah vernakular di negara ini.

    “Saya tidak tahu mengapa perkara itu (sekolah vernakular) boleh jadi satu isu.

    “Ini menunjukkan sampai kini PAS tidak boleh terima sekolah vernakular dan tak boleh terima pilihan hak ibu bapa,” katanya semasa menemani calon Pakatan Harapan (PH) DAP, Pang Sock Tao beramah mesra dengan penduduk di sekitar di pekan Kuala Kubu Bharu, hari ini.

    Sedangkan, menurut Teo, ada pemimpin PAS sendiri yang menghantar anak mereka belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

    Semalam, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan media sebagai berkata, dia berharap isu Pang yang mendapat pendidikan di sekolah Cina akan ‘berterusan’ sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu sehingga 11 Mei ini.

    Sebelum ini, pemimpin PAS itu mencabar calon DAP tersebut berkongsi keputusan SPM semata-mata untuk membuktikan Pang bukan menuntut di sekolah kebangsaan.

    Sebaliknya, bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kemudian mendedahkan keputusan SPM dan UPSR miliknya yang menunjukkan keputusan cemerlang semua A.

    Mengulas mengenai kenyataan Ahmad Fadhli yang menyifatkan pemimpin PH sebagai ‘mudah melenting’, Teo berkata ia mempamerkan kenyataan tidak matang ahli Parlimen Pasir Mas itu.

    “Saya rasa itu kenyataan yang cukup tidak matang. Apabila ada orang yang serang (semula) kenyataan mereka, mereka rasa orang lain cepat emosi.

    “Jadi saya rasa tak perlulah label orang lain seperti itu,” katanya lagi.

    PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

    ALSO READ:  Tidak sehaluan tema pusat - Zafrul letak jawatan bendahari Umno Selangor

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts