Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKenyataan Hassan bukti MP k'jaan yakin PMX - Taufiq Johari

    Kenyataan Hassan bukti MP k’jaan yakin PMX – Taufiq Johari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli Parlimen Terdahulu: PKR Berdiri Teguh di Belakang Anwar
    Wakil rakyat kerajaan terutama daripada PKR terbukti yakin dengan tahap sokongan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari.
    Dia merujuk kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang mengatakan sokongan terhadap perdana Menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat bukan berdasarkan akuan berkanun.
    “PMX telah membuktikan beliau memperoleh sokongan dalam parlimen sejurus mengangkat sumpah tahun lepas.
    “Jadi sekiranya benar pembangkang menyatakan PMX sudah hilang majoriti, sila guna saluran dan pembuktian yang sama iaitu di parlimen,” kata Taufiq ketika dihubungi Malaysiakini.
    Tegasnya, pendapat Hassan itu juga menunjukkan tidak ada amalan menurut perintah secara membuta tuli dalam PKR kerana sesiapa sahaja boleh memberikan pandangan.
    “Cadangan tersebut menunjukkan dalam PKR tidak ada ‘ya tuan’ (yes man) kepada pemimpin sehingga tidak boleh memberi pandangan terbuka, parti ini parti demokrasi,” katanya lagi.
    Sebelum ini, pemimpin PN Wan Saiful Wan Jan mendakwa kenyataan Hassan itu bermaksud satu cadangan agar pembangkang memfailkan usul tidak percaya kepada Anwar.
    Bekas ketua penerangan Bersatu itu mendakwa ini menunjukkan wakil rakyat PKR tidak berpuas hati terhadap kualiti kepimpinan perdana Menteri.
    “Tak pelik jika Ahli Parlimen PKR sendiri beriya-iya mencadangkan jalan menukar Anwar.
    “Cuma saya faham lah dia (Hassan) terpaksa kaitkan PN dalam hal ini walaupun itu sebenarnya idea dia. Sebab kalau dia akui bahawa dia sendiri memang mahu tolak Anwar, nanti dia kena tindakan pula.
    “Jadi Ahli Parlimen kerajaan tak payah nak nasihatkan kami dalam PN, cermin diri kamu dulu kerana disebabkan kamu tak habis-habis mengampu Anwar rakyat negara kita semakin susah,” kata Wan Saiful seperti dipetik FMT.
    Taufiq bagaimanapun menafikan dakwaan dibuat Wan Saiful itu.
    “Kami ahli-ahli parlimen PKR berpuas hati dengan kepimpinan PMX dan jemaah menterinya dan akan berdiri teguh mempertahankan kerajaan perpaduan-Malaysia Madani,” tegasnya.
    Tambahnya, PN sepatutnya memberikan idea yang bernas dan membina jika tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan.
    “Rakyat sudah letih atau ‘fatigue’ dengan cerita-cerita yang tidak pasti. Jika ada tidak puas hati atau benar sudah tidak peroleh sokongan, jalan terbaik adalah melalui saluran yang betul iaitu parlimen.
    “Bukan dengan membuat cerita-cerita tidak benar yang menggusarkan rakyat, negara dan pelabur,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts