Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKenyataan Muhyiddin gugat kuasa fatwa Negeri - Pemuda Amanah

    Kenyataan Muhyiddin gugat kuasa fatwa Negeri – Pemuda Amanah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Pemuda Amanah hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, yang disifatkan menyentuh sentimen kaum, agama dan institusi diraja (3R). Exco Pemuda Amanah Nasional Fadhli Umar Aminolhuda berkata laporan polis itu, dibuat Ketua Pemuda Amanah Pulai Mohd Harith Mohd Hambali di Balai Polis Tampoi pada pukul 3.07 petang tadi. Beliau berkata laporan polis turut dibuat berikutan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, yang mengharamkan undi terhadap calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, yang boleh menggugat keharmonian di negara ini dan Johor khususnya. “Kita ambil maklum bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah mengatakan hari ini, bahawa Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan, justeru itu kita mengharapkan agar siasatan dan tindakan itu dapat disegerakan.

    “Ini bagi memastikan, tiada lagi mana-mana pihak, terutama pemimpin parti politik yang berani untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Balai Polis Tampoi, di Johor Bahru hari ini.

    Turut hadir Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulai Syed Mohd Hafiz Syed Hassan dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor Muhammad Taqiuddin Cheman.

    Sementara itu, Fadhli Umar yang juga Ketua Perundangan Jentera PH bagi PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berkata kenyataan Muhyiddin juga, seolah-olah mahu menggugat kuasa Fatwa Negeri Johor dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, yang merupakan ketua agama Islam di Negeri itu.

    Justeru, beliau menggesa Jabatan Agama Islam Negeri Johor atau Majlis Agama Islam Negeri Johor turut menjalankan siasatan, berikutan kenyataan seumpama itu tidak wajar dikeluarkan oleh mana-mana individu walaupun berbentuk gurauan.

    Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan polis tersebut dan menjelaskan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan.

    ALSO READ:  Wan Fayhsal 'seronok' tengok kabinet baru Anwar

    Razarudin hari ini dilaporkan sebagai berkata siasatan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

    Sabtu lepas, Muhyiddin semasa Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi mereka yang mengundi Suhaizan pada PRK tersebut.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts