Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKeputusan beku kuota pekerja asing masih kekal - Sivakumar

    Keputusan beku kuota pekerja asing masih kekal – Sivakumar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keputusan untuk membekukan kuota pengambilan pekerja asing termasuk bagi tahun hadapan masih kekal dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara itu, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

    Katanya berdasarkan Rancangan Malaysia ke-12, jumlah pekerja asing sepatutnya tidak boleh melebihi unjuran 2.4 juta individu sehingga tempoh 2025, namun jumlah terkini sudah menjangkau unjuran itu.

    Beliau berkata lambakan pekerja asing itu meliputi jumlah golongan yang sedia ada, pertambahan daripada program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) serta Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

    “Sehingga mesyuarat Kabinet yang lepas, memang kita tidak akan buka pemberian kuota baharu untuk sementara waktu…namun bergantung kepada keputusan terbaharu, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program HR Leaders Networking Luncheon di sini hari ini.

    “Bagi tahun hadapan kita tidak tahu lagi (kuota pengambilan pekerja asing) kita kena lihat dalam pelbagai konteks…kita hentikan pengambilan (pekerja asing) dan kita akan lihat balik keperluan ambil warga asing pada masa hadapan,” tambahnya.

    Sebelum ini, media melaporkan jumlah pekerja asing di negara ini seramai 2.7 juta sudah melebihi penduduk Malaysia berketurunan India yang berjumlah dua juta orang.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts