Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Keputusan DNAA Zahid akan beri kelebihan kepada PN'

    ‘Keputusan DNAA Zahid akan beri kelebihan kepada PN’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Calon PN di Pulai, Zulkifli Jaafar yakin keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini yang memihak kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi akan memberikan kelebihan kepada kempennya di kerusi parlimen berkenaan.

    Zulkifli berkata ada kemungkinan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada tuduhan menyeleweng jutaan Ringgit dana Yayasan Akalbudi akan mempengaruhi keputusan pengundi pada 9 Sept ini.

    “Itu mungkin berlaku. Sebab rakyat pandai menilai. Kadang-kadang kita bercakap banyak tak guna sebab rakyat pandai berfikir.

    “Rakyat pandai menilai apa yang baik dan buruk. Sebab tu saya dari awal, saya tak akan bawa apa-apa negatif untuk jatuhkan pihak lawan. Saya cerita saya,” katanya ketika ditemui pada hari kesebelas kempen.

    Zulkifli berkata demikian ketika ditanya sama ada keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid akan memberi kesan terhadap keputusan pengundi di parlimen Pulai.

    Ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan DNAA yang dipohon oleh timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar.


    Di bawah keputusan DNAA, Zahid bagaimanapunn boleh didakwa semula pada masa hadapan jika pihak pendakwa raya ingin menyemak semula kes itu.

    Sementara itu, Zulkifli enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin bahawa adalah “haram” untuk mengundi lawannya, Suhaizan Kaiat.

    Ketika ditanya apakah kemungkinan Muhyiddin bergurau semasa ceramah di Kempas pada Sabtu lalu, Zulkifli berkata, “Saya tak perasan..”

    Malam tadi, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam ucapannya di hadapan lebih 1,000 penyokong PH-BN di Pulai, membidas kenyataan yang dibuat Muhyiddin terhadap Suhaizan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts