Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan akan perkenal model perumahan awam baru

    Kerajaan akan perkenal model perumahan awam baru

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang merangka model baharu perumahan awam yang dinamakan Program Residensi Rakyat (PRR), kata Menteri berkenaan Nga Kor Ming.

    Beliau berkata PRR akan menjadi kawasan perumahan yang bersepadu, mampan, berbaloi untuk didiami, mempunyai daya maju komersial berkualiti, ruang hijau, pusat komuniti dan ciri-ciri lain.

    Kos pembinaan setiap unit PRR katanya akan dinaikkan kepada RM300,000 sekali gus menawarkan golongan berpendapatan rendah rumah berkualiti dengan bayaran harga berperingkat (piecemeal price).

    “Di bawah PRR baharu, kos RM300,000 seunit akan dijual pada harga RM60,000. Daripada RM60,000 itu, kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 akan diperuntukkan untuk dana penyelenggaraan dan dana terikat.

    “Akan ada juga moratorium iaitu dalam masa 10 tahun, anda tidak boleh menjual unit PRR, kerana kita tidak mahu pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas perumahan sosial, kerana ini ialah keistimewaan untuk diberikan subsidi yang besar,” katanya pada lawatan sambil belajar pemimpin hartanah Asia Hong Kong dan Shenzhen Edisi China.

    Lawatan itu dianjurkan oleh Institut Rehda, yang merupakan pusat penyelidikan dan latihan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Malaysia, disertai lebih 50 delegasi melibatkan lawatan ke pelbagai tapak unik merangkumi pembangunan semula bandar, dasar perumahan awam dan undang-undang strata.

    Kumpulan delegasi terdiri daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk arkitek, juruukur, penilai, penyelidik, pemaju, peranancang bandar, peguam, pihak bank dan kerajaan.

    Saiz minimum untuk PRR itu menurut Nga ialah 750 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

    Mengulas lanjut, beliau berkata KPKT juga akan memberi penekanan kepada kesalinghubungan menerusi pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang dijangka mengurangkan jumlah kenderaan dan tempat letak kereta.

    ALSO READ:  Indonesia ramps up security ahead of Prabowo's inauguration

    “Kami berharap untuk mendapatkan bajet tambahan. Berbanding HDB (Lembaga Perumahan dan Pembangunan) Singapura yang mempunyai bajet tahunan 30 bilion dolar Singapura, PPR (Program Perumahan Rakyat) Malaysia hanya mendapat RM550 juta, iaitu jumlah yang terlalu kecil,” katanya.

    Sementara itu, Nga turut menyeru pemaju terutama ahli aktif Rehda dan institusi kewangan untuk membantu kerajaan dalam membangunkan bangunan-bangunan lama di negara ini terutama yang dikategorikan sebagai tidak selamat.

    Beliau berkata penanda aras standard kejuruteraan yang biasa untuk jangka hayat sesebuah bangunan adalah secara purata 70 tahun.

    Bagaimanapun menurut Nga keadaan masih mencabar kerana ketika ini ambang persetujuan yang dinyatakan akta sedia ada memerlukan persetujuan 100 peratus.

    “Oleh itu KPKT mencadangkan nilai ambang persetujuan antara 75 peratus hingga 80 peratus, bergantung kepada umur bangunan dan bergantung kepada perbincangan lanjut,” katanya sambil menambah cadangan itu turut meliputi projek terbengkalai dengan nilai ambang persetujuan 51 peratus.

    Selain itu Nga menegaskan bahawa walaupun banyak peluang akan diberikan kepada pemaju hartanah untuk meneroka usaha pembangunan semula bandar, pemilik hartanah sedia ada tetap akan diberikan pampasan yang adil tertakluk kepada penilaian.

    Selain itu katanya penubuhan pihak berkuasa pembaharuan bandar dan tribunal tanah juga dalam peranancangan untuk diletakkan di bawah KPKT.

    “Ini akan menjadi undang-undang yang adil dan seimbang dalam kita menggalakkan pembangunan, kita juga akan melindungi pemilik rumah.

    “Ini kerajaan Madani, kita akan pastikan penyelesaian yang adil untuk kedua-dua pihak (pemilik dan pemaju),” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts