Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan akan pertahankan sekolah vernakular, kata Loke

    Kerajaan akan pertahankan sekolah vernakular, kata Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KEMAMAN | Kerajaan perpaduan akan terus mempertahankan hak sekolah vernakular di negara ini kerana ia bukan milik kaum tertentu saja, tegas Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

    Menurutnya, perkara itu terbukti dilindungi melalui keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak yang mahu mahkamah mengisytiharkan kewujudan sekolah terbabit sebagai tidak mengikut perlembagaan.

    “Pagi tadi (semalam) Mahkamah Rayuan di Putrajaya ada satu keputusan kes penting, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil dicabar.

    “Tetapi akhirnya mahkamah pada hari ini (semalam), melalui tiga hakim buat keputusan kata (kewujudan sekolah vernakular) tak ada masalah,” katanya.

    Loke yang juga Menteri pengangkutan menegaskan kewujudan dan pembelajaran di SJK Cina dan Tamil adalah sah di bawah Perlembagaan Persekutuan.

    Pada masa sama katanya DAP tetap menjunjung perlembagaan negara dan akan mempertahankannya.

    “Saya kata kita (seklolah vernakular) bukan nak lawan bahasa Melayu, tidak. Kita menjunjung dan hormat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, saya bangga,” katanya ketika berucap dalam program kempen di Ayer Jernih, Kemaman, malam tadi.

    Berucap menggunakan bahasa Melayu di hadapan hadirin masyarakat Cina, Loke menjelaskan betapa Malaysia sebuah negara unik kerana terdiri daripada masyarakat majmuk.

    Dia berkata demikian sebagai mengulas keputusan kes saman yang dikemukan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan tiga lagi NGO sebelum ini.

    Kes itu bermula pada Feb 2020 apabila Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia memfailkan saman terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk mencabar kewujudan sekolah vernakular dari sudut perlembagaan.

    Kumpulan itu memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 – yang membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa penghantar di sekolah Cina dan Tamil – tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

    ALSO READ:  Kebakaran: Lelaki maut lepas selamatkan tujuh sekeluarga

    Bukan tolak bahasa Melayu

    Pada Dis 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman berkenaan dan mereka kemudian membawa kes tersebut ke Mahkamah Rayuan.

    Semalam tiga hakim yang dipengerusikan oleh Supang Lian sebulat suara menolak rayuan Mappim, Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (I-Guru).

    Semasa membacakan keputusan itu, hakim Azizul Azmin Adnan menegaskan penggubal perlembagaan sejak awal memang berhasrat untuk membenarkan sekolah vernakular yang wujud sebelum merdeka kekal beroperasi secara sah kemudiannya.

    Seorang lagi hakim yang bersidang ialah M Gunalan.

    Loke berkata pendirian kerajaan perpaduan adalah jelas iaitu mengekalkan dan pertahankan hak semua kaum di negara ini.

    “Tidak menjadi masalah, sekolah Cina tak kata pun untuk orang Cina saja… tidak.

    “Sekolah Cina menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina, tetapi bahasa Melayu tetap dipelajari sebagai bahasa kebangsaan.

    “Sudah berpuluh tahun di Malaysia (ia wujud) tak menjadi masalah, tetapi hari ini ada pihak nak mencabar kedudukan itu.

    “Tapi bagi kita, pendirian kerajaan perpaduan ialah kita akan kekalkan dan pertahankan hak masing-masing. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan bahasa ibunda masing-masing adalah hak masing-masing,” ujarnya.

    Tambah ahli Parlimen Seremban itu dia dimaklumkan terdapat sebuah SJK Cina di Kemaman turut menjadi pilihan ramai pelajar Melayu.

    Menurutnya dia sendiri belajar bahasa Melayu sejak darjah satu hingga di peringkat universiti dan ia tidak menjadi sebarang masalah.

    “Saya bercakap dalam bahasa kebangsaan setiap hari, dalam parlimen atau di mana-mana, tak pernah menjadi masalah.

    “Kita bukan nak lawan bahasa Melayu, tetapi apa yang penting Malaysia ini adalah masyarakat majmuk, kepelbagaian itu adalah keunikan Malaysia.

    ALSO READ:  Mahkota polls: Over 1,000 cops on duty for nomination day

    “Jadi kita nak kuat dalam bahasa Melayu, kita nak juga anak-anak kita kuat (mahir) bahasa Cina, kuat bahasa Tamil, macam-macam bahasa boleh bertutur barulah hebat, baru kita jadi hebat di mata dunia.

    “Ini yang kita nak. Ramai anak Melayu juga belajar di sekolah Cina. Di kawasan saya ada anak Orang Asli juga belajar di sekolah Cina,” jelas Loke.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts