Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan buat penilaian untuk baiki perkhidmatan

    Kerajaan buat penilaian untuk baiki perkhidmatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan sedang membuat penilaian untuk memperbaiki setiap ruang yang ada termasuk dalam bidang pendidikan, digital, dan teknologi dalam perkhidmatan untuk meningkatkan martabat serta keupayaan negara agar lebih hebat.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penilaian itu dilakukan semasa program pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan di Cyberjaya berdasarkan input dari sektor swasta, penyelidik, ilmuwan, dan pakar antarabangsa, selain dari pandangan serta cadangan anggota kabinet.

    “Ramai penyelidik atau pakar telah memberi sumbangan yang sangat bermutu dan melalui pemukiman ini, saya bersama rakan-rakan timbalan perdana Menteri serta Ketua Setiausaha Negara (Mohd Zuki Ali) memberi senario secara terbuka, sangat mendengar pandangan, teguran, kritikan dan cadangan baru.” katanya.

    “Bukan untuk mempertahankan program atau polisi sedia ada tetapi sedia untuk membuat penilaian bahawa ada ruang untuk diperbaiki ke arah pelaksanaan program dan dasar yang lebih berkesan,” katanya.

    Anwar berkata demikian pada sidang media hari ini sempena pemukiman bersama 31 barisan anggota kabinet yang berlangsung selama dua hari di Cyberview Resort & Spa.

    Perdana Menteri berkata turut diberi penekanan semasa program itu ialah peralihan tenaga, transformasi digital, pelan perindustrian serta reformasi perkhidmatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara.

    “Perbincangan itu menyeluruh tentunya menekan perpaduan rakyat dan negara serta kestabilan politik yang menjadi prasyarat bagi kita melaksanakan program-program.

    “Kemudian kita bicara soal ekonomi untuk menambah pelaburan domestik dan luar negara, dan juga memfokus kepada beberapa isu khusus meningkatkan isu pendidikan negara termasuk TVET dan pendidikan teknologi, soal digital, AI (kecerdasan pintar) dan beberapa isu yang telah kita cerakinkan dalam beberapa dasar sebelumnya,” katanya.

    Perdana Menteri berkata hasil perbincangan daripada program itu akan dimanfaatkan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan memacu ekonomi Malaysia dalam usaha memaknai falsafah negara Madani.

    ALSO READ:  Sanusi: Saya terpaksa pertahan diri setelah difitnah MB Selangor

    Dia turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli kabinet yang menjayakan program yang disifatkan berprestasi tinggi serta membanggakan.

    Mengenai dakwaan program itu diadakan bagi ‘mengurung’ ahli parlimen, Anwar berkata perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu.

    “Ini pemukiman, setengah (daripada mereka adalah) Menteri dan ada senator. Untuk menjimatkan kos, semua Menteri diarah pulang, tidur di rumah masing-masing dan datang ke sini pagi-pagi. Jadi tidak ada isu,” katanya.

    Semalam, sebuah portal melaporkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Mohamad Shafiq Abdul Halim membuat rakaman video berdurasi kira-kira sembilan saat yang mendakwa semua ahli parlimen kerajaan ‘dikurung’ di suatu lokasi di Cyberjaya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts