Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan cadang perkenal akta khusus pengurusan bencana

    Kerajaan cadang perkenal akta khusus pengurusan bencana

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan berhasrat memperkenalkan akta khusus bagi menambah baik dan mempertingkatkan kesiapsiagaan pengurusan bencana.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Mohd Ali berkata pada masa sama Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR) juga sedang digubal.

    Dia berkata usaha untuk memperkemas persiapan dan mekanisme pengurusan bencana yang lebih baik itu dibuat memandangkan negara sentiasa berdepan ancaman bencana alam seperti banjir setiap kali tibanya Monsun Timur Laut.

    “Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan akta khusus bagi meningkatkan kesiapsiagaan kita berdepan bencana, dan sebaik mendapat kelulusan dasar daripada kabinet nanti, kita akan buat pelbagai sesi libat urus.

    “Sebaik Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) mengumumkan (perkara berkaitan pengurusan bencana) dalam KSP (Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12) lepas, pertama yang dilaksanakan ialah menyemak semula Arahan Majlis Keselamatan Negara, selain kita juga dalam proses menggubal dasar DRR,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    Armizan menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berhubung peranancangan kerajaan memastikan semua agensi sentiasa bersedia menguruskan bencana alam yang semakin rumit dan pelbagai serta perincian pembinaan pusat pemindahan kekal bencana (PPKB).

    Menurut Armizan, model pengurusan bencana diamalkan di Malaysia adalah berdasarkan amalan terbaik yang turut diamalkan negara-negara lain iaitu pengurusan oleh agensi berpusat.

    “Jika kita rujuk kepada United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR), terdapat 144 negara yang mengunakan amalan sama iaitu kita tidak mengesampingkan sebaliknya mengambil kira kepelbagaian akta berkaitan fungsi Menteri dan perintah di bawahnya.

    “Masing-masing dengan akta masing-masing tetapi diselaraskan melalui satu agensi berpusat iaitu Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara). Namun banyak yang perlu kita lakukan untuk tambah baik pengurusan bencana,” katanya.

    ALSO READ:  Wanita hamil maut berlanggar van klinik gigi

    Mengenai PPKB, Armizan berkata proses prapelaksanaan projek merangkumi penyediaan spesifikasi dan reka bentuk bangunan sudah dimulakan Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana.

    Katanya kerajaan menjangkakan proses perolehan dapat dimuktamadkan pada suku pertama tahun depan untuk memastikan projek tersebut dapat disiapkan segera.

    Sebelum ini, Anwar berkata PPKB akan diwujudkan dengan projek rintis dimulakan di sembilan Negeri, melibatkan kos siling RM5 juta bagi setiap pusat dan bakal menjadi satu kemudahan perlindungan mangsa banjir yang lebih baik berbanding pusat pemindahan sementara (PPS).

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts