Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus menghargai serta mengiktiraf setiap perananan dimainkan pekerja dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.
Beliau berkata Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan tetapi untuk mengiktiraf setiap perananan pekerja bermula daripada peringkat rendah hingga ke pihak pengurusan.
“Saya harap Hari Pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu dari segi ganjaran, rasa hormat dan rasa ihsan kepada pekerja itu dapat kita tingkatkan,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini.
Beliau mewakili Kerajaan MADANI turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.
Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.
Bernama
Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!