Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan mahu bangunkan industri nadir bumi, lebih 6,000 peluang kerja

    Kerajaan mahu bangunkan industri nadir bumi, lebih 6,000 peluang kerja

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Industri nadir bumi bukan radioaktif dijangka mewujudkan 6,550 pekerjaan dan menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, kata Kementerian Ekonomi hari ini.

    Katanya Dasar Mineral Negara 2 akan dikaji semula untuk menyediakan hala tuju yang lebih holistik dalam memacu pembangunan industri mineral, termasuk unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), bauksit, timah, silika dan kaolin, berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

    “Industri nadir bumi bukan radioaktif akan dibangunkan secara menyeluruh sebagai satu daripada inisiatif di bawah Anjakan Besar Industri Tinggi Pertumbuhan, Tinggi Nilai (HGHV) Nadir Bumi untuk memaksimumkan sumbangan kepada ekonomi,” katanya dalam Laporan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 (2021-2025) yang dikeluarkan hari ini.

    Kajian semula ini yang merupakan satu daripada inisiatif di bawah Anjakan Besar Industri Nadir Bumi akan memasukkan dasar mengenai aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan.

    Kajian semula ini juga akan memberi penekanan kepada kemampuan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I), yang merupakan satu lagi inisiatif di bawah Anjakan Besar Industri Nadir Bumi.

    Selain itu, pelan pembangunan dan pelaksanaan bagi geopark akan diperkenalkan untuk terus membangunkan geopark di Malaysia. Usaha ini dijangka dapat menggiatkan semula subsektor mineral, menjana faedah ekonomi dan menggalakkan pemuliharaan sumber asli, katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts