Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan mesti pertahankan kebebasan bersuara, kata LFL

    Kerajaan mesti pertahankan kebebasan bersuara, kata LFL

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam untuk Kebebasan (LFL) berkata, Kerajaan Persekutuan menghantar mesej tidak sihat susulan siasatan ke atas veteran DAP Lim Kit Siang dan pendakwaan terhadap Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor Jay Jay Denis.

    Pengarahnya Zaid Malek berkata kerajaan pimpinan PH mesti melindungi hak kebebasan bersuara, dan memastikan orang ramai dilindungi kerana melaksanakan hak mereka.

    Zaid membuat kenyataan dengan merujuk kepada siasatan polis terhadap Lim berhubung komennya mengenai kemungkinan seorang bukan Melayu dilantik sebagai perdana Menteri.

    Jay Jay pula dijadualkan didakwa susulan ciapan di laman X berkaitan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.

    “Tindakan polis ke atas kedua-dua situasi ini adalah penghinaan terhadap hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan di bawah perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

    “Hak ini kuat dan berasas, dan hanya boleh dihadkan dalam keadaan tertentu seperti yang ditetapkan melalui Perkara 10(2)(a), seperti apabila ia menjejaskan keselamatan negara, ketenteraman awam dan moral,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Tambah Zaid, Lim hanya menyatakan fakta yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan semasa memberitahu bahawa tiada apa-apa yang menghalang individu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.


    “Hakikat bahawa sesetengah orang tersinggung dengan kenyataan itu tidak sepatutnya membenarkan siasatan jenayah dibuat,” tambah Zaid.

    Menurutnya lagi, hakikat bahawa siasatan jenayah dimulakan untuk “jenayah yang tidak wujud” kerana menyatakan fakta mengenai perlembagaan telah menyebabkan pentadbiran keadilan kepada kejian dan penghinaan.

    Zaid turut melabelkan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneruskan tuduhan jenayah terhadap Jay Jay kerana kenyataannya mempersoalkan kelakuan seorang pegawai tinggi kerajaan sebagai “mengerikan.”

    “Undang-undang tidak memberikan status istimewa kepada sesiapa dalam kerajaan, sama ada gabenor (Yang di-Pertua Negeri) atau perdana Menteri, untuk dilindungi daripada kritikan dan menjenayahkan kritikan seperti itu adalah keterlaluan dan tidak demokratik.

    ALSO READ:  Company director nabbed for pushing foreigners into forced labour at Chemor factory

    “Memetik fakta perlembagaan atau mengkritik kelakuan sesiapa sahaja dalam kerajaan adalah satu bentuk kebebasan bersuara yang tidak boleh sama sekali boleh ditafsirkan sebagai perbuatan yang bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau moral,” kata Zaid.

    Tambahnya, kebebasan bersuara adalah inti pati kepada demokrasi yang sihat, justeru rakyat mesti dibenarkan membincangkan perkara-perkara melibatkan kepentingan awam secara bebas.

    “Perlindungan kepada kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan memenuhi objektif ini, dan wujud untuk memastikan semua pihak – bukan hanya majoriti yang dilihat – dapat menggunakan hak ini.

    “Justeru, LFL menggesa Putrajaya menghentikan siasatan terhadap Lim, dan AGC perlu menarik balik pertuduhan terhadap Jay Jay,” kata Zaid lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts