Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kerajaan permain titah Agong jika enggan laksana tahanan di rumah'

    ‘Kerajaan permain titah Agong jika enggan laksana tahanan di rumah’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata kerajaan seperti mempermainkan titah Yang di-Pertuan Agong jika benar ia enggan melaksanakan titah adendum agar bekas perdana Menteri Najib Razak menghabiskan hukuman penjaranya menerusi tahanan di rumah.

    Ahmad Jazlan berkata dia memandang serius kandungan afidavit yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan responden enggan melaksanakan titah adendum tersebut.

    “Perkara ini sangat serius kerana responden akan dilihat mempermainkan titah Agong, sekali gus menunjukkan contoh tauladan yang tidak baik sebagai sebuah kerajaan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia merujuk perenggan 5(b) afidavit Ahmad Zahid yang menyatakan “saya sesungguhnya percaya bahawa asa permohonan pemohon (Najib) untuk semakan kehakiman adalah responden enggan untuk melaksanakan titah adendum bertarikh 29 Januari 2024 yang dititahkan Agong…”

    Afidavit itu difailkan Zahid bagi menyokong dakwaan Najib Razak berhubung dakwaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

    Permohonan semakan kehakiman Najib itu menamakan tujuh responden, iaitu Menteri dalam Negeri (tidak dinamakan), komisioner general penjara, peguam negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di jabatan perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) yang tidak dinamakan, ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan.

    Dia juga mendakwa telah membaca sendiri titah tersebut dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

    Tengku Zafrul berkata dia telah melihat afidavit Ahmad Zahid dan mendakwa ada beberapa “kesilapan fakta” yang terkandung pada dokumen berkenaan.

    “Sehubungan itu, saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada mahkamah tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya bagi memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan,” katanya.

    ALSO READ:  Isu ringgit jatuh: Hanipa ingatkan PM budaya 'reformasi'

    Jabatan Peguam Negara (AGC) pula berkata pihaknya akan memaklumkan berkaitan dakwaan kesilapan fakta tersebut kepada mahkamah.

    Sementara itu, Ahmad Jazlan menggesa kerajaan agar menyatakan pendirian serta memberi penjelasan berkenaan perkara itu.

    “Rakyat perlu tahu pendirian dan penjelasan kerajaan daripada sudut undang-undang serta takrifnya supaya tiada lagi pertikaian oleh semua pihak.

    “Umno Kelantan kekal dengan pendirian Ahmad Zahid yang dengan seikhlasnya kekal memperjuangkan pembelaan sepenuhnya terhadap Najib,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts