Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan S'gor digesa arah henti pembersihan tanah di Bukit Lagong

    Kerajaan S’gor digesa arah henti pembersihan tanah di Bukit Lagong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Parti Hijau Malaysia hari ini menggesa kerajaan Negeri Selangor mengarahkan pemberhentian dua kerja pembersihan tanah di Selayang dan Rawang, yang disyaki dikaitkan dengan rancangan membuka kuari baru di Hutan Simpan Bukit Lagong.

    Dalam satu kenyataan, setiausaha pro-temnya Abdul Razak Ismail mendakwa aktiviti pembersihan tanah itu melibatkan kawasan yang luas di hutan simpan.

    “Parti Hijau menggesa Jamaliah Jamaluddin, Ahli Exco Alam Sekitar, Perubahan Iklim, Teknologi Hijau Kerajaan Selangor segera mengarahkan pemberhentian kerja-kerja pembersihan kawasan yang dipercayai pembukaan kuari yang baru di Hutan Simpan Bukit Lagong, di dua lokasi sekitar kawasan Matang Pagar, Selayang dan kawasan perkampungan Orang Asli di Ulu Kuang, Rawang, Selangor,” katanya.

    Razak turut meluahkan kekecewaannya terhadap insiden yang didakwa itu, berkata percubaan untuk membuka kuari baru itu telah dihentikan pada 2023 selepas rancangan itu didedahkan kepada umum pada tahun sebelumnya.

    Setiausaha pro-tem Parti Hijau Abdul Razak Ismail

    Aktivis itu berkata dia juga telah membuat dua laporan kepada SPRM tahun lepas tetapi tidak ada sebarang maklumat terkini sejak itu.

    “Sepanjang tahun 2023, keadaan menjadi senyap dan tenang tanpa sebarang aktiviti dikesani di hutan simpan ini tetapi diawal tahun 2024 telah kelihatan kerja-kerja pembersihan dijalankan di kawasan hutan ini.

    “Kita juga kurang pasti sama ada pihak yang melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan hutan simpan ini ada mendapatkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan tersebut.

    “Lantaran itu Parti Hijau menggesa Jamaliah segera mengambil tindakan memandangkan Jamaliah pada Oktober 2023 mengumumkan bahawa Selangor mempunyai ‘High Standards’ untuk pemuliharaan alam sekitar di Selangor,” katanya.

    Pada September 2022, Malaysiakini melaporkan bahawa kuari akan dibuka di Hutan Simpan Bukit Lagong.

    ALSO READ:  Tuduhan rasuah: Dr M kata dirinya bersih, tiada apa nak disembunyikan

    Antara syarikat terbabit termasuk tiga pemaju yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Negeri Selangor.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts