Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan tak campur tangan penetapan harga tiket MAS - Loke

    Kerajaan tak campur tangan penetapan harga tiket MAS – Loke

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Kerajaan tidak campur tangan dalam penetapan harga tiket perjalanan Malaysia Airlines Bhd (MAS) kerana perkara itu adalah keputusan syarikat penerbangan itu berdasarkan pelbagai pertimbangan untuk mengenakan harganya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

    Beliau berkata MAS, yang sedang memulihkan perkhidmatan hidangan makanan lengkap dalam penerbangan, tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana syarikat penerbangan kos rendah memandangkan imejnya sebagai syarikat penerbangan nasional.

    “Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan tambahan, dan contohnya ada point tambahan diberikan.

    “Saya pasti servis dan makanan yang dibekalkan oleh pihak Malaysia Airlines mesti ditambah baik, ini bukan sesuatu yang kita nafi. Bagi harga, (perkara) itu pihak pengurusan Malaysia Airlines kena lihat,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, pada Selasa.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang bangun mencelah meminta penjelasan mengenai cadangan untuk merendahkan tambang penerbangan MAS ketika syarikat tersebut menguruskan masalah katering dalam penerbangannya.

    Loke berkata MAS akan memulihkan perkhidmatan hidangan makanan dalam penerbangannya secara beransur-ansur.

    “Memang betul ada sektor yang diberikan pack food (makanan yang dipek) tetapi ada laluan yang pulih sepenuhnya. Umpamanya, minggu lepas saya menggunakan pesawat MAS bagi laluan ke Kuching yang perkhidmatan hidangan (makanan dalam penerbangan) telah dipulihkan.

    “Kita tidak nafikan perlu ada penambahbaikan bagi harga. Itu pihak pengurusan MAS kena lihat,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts