Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan teliti langkah tambah petugas OKU di parlimen

    Kerajaan teliti langkah tambah petugas OKU di parlimen

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PARLIMEN | Kerajaan akan memberi perhatian dan pertimbangan terhadap cadangan untuk menambah peratusan kakitangan orang kurang upaya (OKU) di parlimen.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata setakat 2023 terdapat hanya 0.3 peratus OKU yang berkhidmat dalam sektor awam.

    Menurut Zaliha, ia merupakan kadar tertinggi yang dicatatkan dalam tempoh 10 tahun namun belum mencukupi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 1 peratus.

    “Bagaimanapun, mengikut peranangkaan, dasar itu telah menyaksikan peningkatan sejak beberapa tahun yang lalu dari 0.23 peratus pada 2014, kepada 0.25 peratus pada 2015, 0.28 pada 2016, 0.29 pada 2017 hingga 2022 dan 0.3 pada 2023,” katanya.

    Zaliha berkata demikian sebagai menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang menggesa Menteri untuk melihat kemungkinan untuk mengambil lebih banyak kakitangan OKU di parlimen bagi meningkatkan peratusan pekerja OKU di sektor awam.

    Lim Lip Eng

    Kata Lim, dia juga menggesa Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Wilayah Persekutuan untuk menambah bilangan kakitangan OKU yang berkhidmat di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

    Menurut Lim, dia sering berurusan di DBKL namun tidak pernah melihat mana-mana OKU bekerja di pihak berkuasa tempatan terbabit.

    “Kedua, kita harus memulakan dasar ini dengan menambah kakitangan OKU di parlimen. Saya telah menghabiskan 10 tahun di parlimen dan tidak ada kakitangan OKU. Justeru, saya menyeru kerajaan untuk mengambil lebih ramai kakitangan OKU di parlimen,” katanya semasa soalan tambahan.

    Zaliha berkata sasaran untuk melibatkan sekurang-kurangnya 1 peratus OKU dalam sektor perkhidmatan awam telah ditetapkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

    Tambahnya, punca utama yang dikenal pasti merencatkan peranancangan tersebut ialah kerana kurangnya permohonan yang dibuat oleh OKU untuk memasuki sektor awam.

    ALSO READ:  16 pusat peperiksaan SPM di T'ganu berisiko terjejas akibat banjir

    “Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menunjukkan hanya 0.3 peratus hingga 0.64 peratus permohonan pekerjaan antara 2019 dan 2023 dibuat oleh OKU,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts