Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerajaan terbuka terima kritikan, kata Adam Adli

    Kerajaan terbuka terima kritikan, kata Adam Adli

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kerajaan sentiasa bersikap terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

    Beliau berkata soal keterbukaan antara kerisauan yang diutarakan golongan belia pada program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) inisiatif kementeriannya menerusi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN).

    “Ada persoalan-persoalan yang menyentuh tentang keterbukaan kerajaan dalam berhadapan dengan kritikan dan sebagainya.

    “…(justeru) kita (kerajaan) beri jaminan, bahawa kerajaan sentiasa bersifat terbuka dari semasa ke semasa, dalam masa sama kita tidak boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kembara JOM Peringkat Negeri Johor semalam.

    Menurut Adam Adli pandangan tentang peluang pekerjaan, pendidikan dan pindaan Akta 668 yang merangkumi penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun turut mendapat perhatian golongan belia.

    “Ini semua adalah tanda atau indikator bahawa golongan belia menerusi program ini dapat memberi tumpuan kepada isu sebenar yang melingkari kehidupan dan persekitaran mereka, ini saya puji.

    “Jadi kita sebagai kerajaan perlu ambil maklum dan buat yang terbaik untuk pastikan kita dapat jawab (persoalan mereka),” katanya.

    Beliau berkata Johor merupakan Negeri keempat penganjuran Kembara JOM selepas Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, manakala destinasi seterusnya Kuala Lumpur.

    Program itu membolehkan pihak berkepentingan memberikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi kementerian.

    Antara pengisian Kembara Jom ialah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda dan pameran reruai oleh jabatan dan agensi kerajaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts