Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerana gula, semut bersatu - Pemilik 'Bezza bergula' tarik nafas lega

    Kerana gula, semut bersatu – Pemilik ‘Bezza bergula’ tarik nafas lega

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pembeli kereta Perodua Bezza yang menjadi tumpuan selepas kereta baru yang dibelinya rosak dalam tempoh kurang lapan jam, akhirnya menarik nafas lega.

    Dalam perkongsian di Facebook, kerani syarikat swasta di Johor, S Nagakanni, 31 berkata Perodua akhirnya bersetuju untuk membeli semula keretanya dengan harga penuh.

    “Dengan keputusan ini, saya tak perlu lagi bayar bulan-bulan untuk kereta lama, dan semua bayaran sebelum ni pun saya akan dapat semula pemulangan wang.

    “Perodua juga memberi tawaran untuk saya beli kereta kedua dengan kadar pinjaman bulanan yang sama atau untuk saya menolak tawaran ini dan beli kereta lain.

    “Saya perlu buat keputusan ini dalam tujuh hari Terima kasih Perodua atas keputusan ini,” katanya.

    Tuntut hak dari syarikat gergasi

    Nagakanni juga berterima kasih kepada semua pihak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang membantunya menyelesaikan masalah itu.

    “Saya terhutang budi dengan anda. Perjuangan menuntut hak daripada syarikat gergasi bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya seorang kerani yang hanya ‘semut’ ini.

    “Tapi saya belajar sesuatu. Walaupun kita kecil seperti semut, kalau kita bersatu tanpa kira warna dan kaum, kita akan berjaya.

    “Akhirnya, kerana gula, semut bersatu,” katanya.

    Nagakanni sebelum ini gusar kerana tidak mendapat jaminan hitam putih daripada Perodua untuk masalah yang dihadapinya itu.

    Ini meskipun isu berkenaan sudah berlarutan dua bulan.

    Dalam perkongsian terbarunya, Nagakanni tidak menjelaskan sama ada dia sudah mendapat jaminan hitam putih atau belum.

    Nagakanni membeli kereta Perodua Bezza 1.3 X, dari Pusat Jualan Harapan Terang Motor, Segamat pada 17 Oktober.

    Namun menurutnya, enjin kereta itu tidak dapat dihidupkan dalam kurang tempoh lapan jam pembelian kereta itu.

    ALSO READ:  IGP nafi Dr M disoal siasat seperti penjenayah

    Katanya, kereta tersebut telah dihantar ke pusat servis dan diberitahu enjinnya rosak kerana terdapat material asing seperti gula.

    Susulan itu, Perodua menawarkan kereta sementara untuk digunakan Nagakanni serta menawarkan pilihan untuk membeli semula kereta berkenaan, sementara siasatan menyeluruh dijalankan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts