Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kerana PAS, tak mustahil pengundi India sakong calon Bersatu'

    'Kerana PAS, tak mustahil pengundi India sakong calon Bersatu'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PRK KKB | Kerajaan bertukar ganti, dan kerap bertukar sejak enam bulan lalu. Namun ada satu rungutan yang kekal kedengaran, iaitu “masyarakat India dipinggirkan”.

    Namun, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin percaya masyarakat India di Malaysia semakin yakin dengan kepimpinan Islam.

    Justeru, Hashim berkata tidak mustahil mereka akan mengundi calon PN Khairul Azhari Saut dalam PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini.

    “Bagi saya tidak mustahil orang India di KKB menyatakan sokongan kepada PN.

    “Walaupun calon dari Bersatu, tapi kerana Bersatu bersama PAS dan PAS juga menyokong calon Bersatu, maka mereka beri sokongan pada PN,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

    Katanya lagi, kecenderungan orang bukan Islam untuk menyokong gerakan Islam bukan sesuatu yang baru.

    “Kerana mereka mendapati kejujuran, keadilan, kestabilan dan keyakinan kepada pimpinan Islam itu dapat diterima oleh mereka,” katanya lagi.

    Menurut Hashim, Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) menyumbang dalam peningkatan sokongan orang bukan Islam kepada parti itu.

    “Saya yakin DHPP ini berperananan untuk tarik pengundi India kerana mereka telah lama bersama dengan PAS dan turut diberi peluang menjadi senator serta berkawan dengan kepimpinan PAS.

    “Mereka perhati gerak geri, hala tuju perjuangan parti ini boleh dipercayai dan kita tidak pernah melakukan penganiayaan terhadap mana-mana kaum.

    “Di Kelantan orang Siam boleh terima, Cina boleh terima sebab segala dasar kerajaan membantu rakyat tanpa membezakan antara satu bangsa dengan bangsa lain,” katanya lagi.

    Antara isu yang hangat diperkatakan sepanjang tempoh kempen PRK ini adalah rasa tidak puas hati pengundi India.

    Kali ini, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang baru diterima sebagai parti komponen PN, turut berkempen bagi mendapatkan sokongan pengundi India, yang merangkumi 18 peratus pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu.

    ALSO READ:  Ukraine's Zelenskiy names new chief of staff after appointing new commander in chief

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts