Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKerosakan kondo: Syarikat pemaju diarah bayar ganti rugi pada JMB

    Kerosakan kondo: Syarikat pemaju diarah bayar ganti rugi pada JMB

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Badan pengurusan bersama (JMB) sebuah kondominium di Ara Damansara, Petaling Berjaya berjaya mendapatkan penghakiman terhadap HSB Development Sdn Bhd atas pelanggaran tanggungjawab berhubung kerosakan pada kemudahan di kondominium itu.

    Ia selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 September lalu memutuskan JMB AraGreens Residences berjaya menunjukkan berlakunya kelalaian di pihak syarikat pemaju tersebut.

    Mahkamah memutuskan ia telah menyebabkan plaintif berdepan enam kerosakan di kondominium itu.

    HSB Development didapati bertanggungjawab terhadap keadaan basah di tempat letak kereta bawah tanah, kerosakan kolam renang dengan banyak jubin tercabut, geladak kayu yang rosak, air bertakung di gelanggang futsal, dinding rock climbing yang tidak dapat digunakan dan tiada sijil keselamatan serta laluan yang basah di tempat letak kereta bawah tanah.

    Mahkamah mengarahkan HSB Development untuk membayar ganti rugi sebanyak RM459,946 kepada plaintif.

    Bercakap dengan Malaysiakini, bekas pengerusi JMB AraGreens Residences Francis Lim Soon Hoe menyuarakan rasa lega dan berkata keadilan telah ditegakkan selepas pihaknya mengheret syarikat itu ke mahkamah lima tahun lalu.

    Lim berkata, pihaknya memutuskan untuk memfailkan saman selepas menggunakan semua cara agar kerosakan di kemudahan bersama kondominium diperbaiki.

    “Selepas permintaan kami tidak dilayan, akhirnya mahkamah bersetuju dengan kami.

    “Ini bukan untuk balas dendam atau buat untung, tetapi tentang memperbetulkan keadaan.

    “Kami berharap keputusan ini akan memberi harapan kepada JMB lain yang berdepan situasi yang sama tetapi tidak tahu bagamana untuk mengendalikannya,” kata Lim yang merupakan seorang ahli perniagaan.

    Lim berkata pihaknya yakin akan tetap menang jika defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

    Pihak syarikat diberi masa untuk memfailkan rayuan dalam tempoh 30 hari bermula 11 Disember lalu.

    ALSO READ:  Sabah's triple Unesco crowns to draw more visitors to Malaysia, says British author

    Malaysiakini dalam usaha menghubungi syarikat berhubung perkara ini.

    Menurut Lim lagi, pihaknya telah menghantar sebut harga kira-kira RM25 juta kepada mahkamah untuk memperbaiki kerosakan di kemudahan bersama kondominium.

    Keputusan mahkamah ini menetapkan duluan untuk JMB mempertanggungjawabkan syarikat pemaju. Ia membolehkan JMB memulakan tindakan mahkamah untuk pelanggaran seumpama itu.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts