Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKertas siasatan kes Agus kini di pejabat Peguam Negara

    Kertas siasatan kes Agus kini di pejabat Peguam Negara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kertas siasatan mengenai Mohammad Agus Yusoff yang didakwa melakukan gangguan seksual kini berada di Jabatan Peguam Negara (AGC), kata polis.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata setakat ini polis sudah melengkapkan siasatan dan kini terserah kepada AGC untuk tindakan selanjutnya.

    Katanya kertas siasatan itu dirujuk ke AGC pada 18 Dis lalu.

    “Buat masa ini, kertas siasatan itu masih di dalam kajian dan semakan Pejabat Peguam Negara,” katanya yang dipetik BH Online hari ini.

    Isu membabitkan bekas ahli akademik itu menjadi perhatian apabila dia dituduh melakukan gangguan seksual ke atas seorang lelaki, Abdul Wahab Abd Kader Jailani, semasa mereka berada di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak pada 21 Okt tahun lalu.

    Abdul Wahab merupakan salah seorang kakitangan Jabatan Komunikasi Korporat (J-Kom) manakala Agus ketika itu merupakan ketua pengarah agensi berkenaan.

    Polis sudah mengambil keterangan daripada Agus pada 14 Dis di Kajang, Selangor.

    Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, sebelum ini mengesahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan tersebut, selain satu lagi siasatan kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh.

    Mengikut prosedur selepas kertas siasatan diserahkan, AGC akan meneliti dapatan pihak berkuasa sebelum membuat tindakan lanjut.

    Pendakwaan akan dibuat jika AGC mendapati wujud sebarang unsur jenayah, atau kertas siasatan akan dikembalikan kepada polis untuk mendapatkan maklumat tambahan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts