Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes bekas tentera bunuh isteri disebut semula 22 Jan 2024

    Kes bekas tentera bunuh isteri disebut semula 22 Jan 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Majistret di Kangar telah menetapkan 22 Januari 2024 untuk sebutan semula kes bekas tentera yang didakwa membunuh isterinya yang juga seorang jururawat pada akhir September tahun lepas.

    Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom yang memohon mahkamah melanjutkan tarikh sebutan kes berikutan laporan kimia tertuduh serta laporan bezah siasat dan forensik mangsa masih belum siap.

    Pada 11 Oktober lepas, tertuduh Indera Zailan Mohamad Sani, 38, didakwa di Mahkamah Majistret di Kangar atas pertuduhan membunuh Munirah Abu Bakar, 31, di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau, antara 10 malam, 29 September hingga 6.55 pagi, 30 September lepas.

    Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

    Indera Zailan diwakili peguam Hari Prassaad Rao.

    Mayat wanita itu ditemui di bilik tidur kediaman tersebut dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam dengan pisau.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts