Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes bom botol: Polis akan siasat pelbagai aspek - IGP

    Kes bom botol: Polis akan siasat pelbagai aspek – IGP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis akan menjalankan penyiasatan menyeluruh berhubung insiden melempar bom koktail molotov ke kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Perak hari ini.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ini termasuk mengumpul risikan daripada semua sudut Cawangan Khas dan maklumat awam.

    Beliau berkata polis juga akan mengenal pasti sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan komen yang dikeluarkan Ngeh tempoh hari.

    ā€œSekiranya ada tangkapan, barulah kami nampak (sama ada) ia menjurus kepada komen YB (Yang Berhormat) Ngeh atau sebaliknya.

    ā€œKetika ini, seolah-olah insiden itu berlaku disebabkan komen dan (dakwaan) campur tangan dalam isu agama Islam namun siasatan masih dijalankan,ā€ katanya kepada Bernama malam ini.

    Razarudin berkata risikan juga mendapati Ngeh tiada sebarang isu dengan komuniti di Ayer Tawar.

    ā€œSaya minta kepada masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden ini kerana siasatan masih diteruskan,ā€ katanya.

    Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bermain dengan sebarang sentimen agama yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam di negara ini.

    Mengulas tahap keselamatan Ahli Parlimen itu, Razaruddin berkata polis akan menentukan penugasan bagi memastikan keselamatan Ngeh.

    ā€œBuat masa ini, sekiranya apa-apa berlaku, beliau boleh terus menghubungi anggota polis yang bertugas,ā€ katanya.

    Terdahulu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata polis kini giat mengesan individu yang disyaki melontar bom koktail molotov itu yang telah menyebabkan tiga kenderaan terjejas.

    Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts