Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes bom ikan di Gerik: Jabatan Perikanan lengkapkan siasatan

    Kes bom ikan di Gerik: Jabatan Perikanan lengkapkan siasatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung aktiviti penangkapan ikan secara haram menggunakan bahan letupan oleh sekumpulan lelaki di Hulu Perak, seperti yang tular melalui media sosial baru-baru ini.

    Ketua Pengarah DOF Datuk Adnan Hussain berkata buat masa ini, dua suspek serta pelapor bagi kejadian itu telah disiasat dan diambil keterangan mengenai kejadian terbabit.

    “Kita sedang berusaha untuk melengkapkan kertas siasatan dan akan ada lebih ramai saksi termasuk suspek utama berhubung kejadian ini akan dipanggil untuk diambil keterangan mereka.

    “Selepas semuanya selesai, kertas siasatan itu akan kita serahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Santai bersama Pemegang Taruh Santuari Ikan Kelisa Bukit Merah di Bagan Serai hari ini.

    Gambar fail, Ketua Pengarah DOF Datuk Adnan Hussain.

    Pada 13 Mac lepas, Ketua Polis Daerah Gerik Zulkifli Mahmood memaklumkan siasatan lanjut berhubung kejadian itu diserahkan kepada DOF dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

    Terdahulu, tular menerusi media sosial rakaman video memaparkan sekumpulan individu menunjukkan hasil tangkapan ikan melibatkan spesies kelah dan tengas yang mengundang kecaman daripada netizen ekoran menggunakan kaedah tidak dibenarkan.

    Sementara itu, Adnan berkata pihaknya bersama Jabatan Perhutanan akan memastikan siasatan terhadap kes berkenaan dilakukan dengan telus dan para pesalah dapat diheret ke muka pengadilan.

    “Kita tidak sewenang-wenangnya melepaskan kes ini kerana kesalahan yang dilakukan adalah pelbagai termasuk aktiviti pencerobohan hutan simpan, menggunakan alatan terlarang serta menangkap spesies ikan dilindungi,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya sedang meminda akta bagi melarang mana-mana pihak untuk membawa masuk spesies ikan baung ekor merah ke negara ini.

    Katanya, draf pindaan itu telah diluluskan oleh AGC dan ia akan dibentang dalam masa terdekat.

    ALSO READ:  ULASAN l Kalau boleh, kita kembali kepada asal

    “Selain membawa ancaman kepada spesies asal ikan di negara ini, kita tak nafikan buat masa ini telah banyak spesies ini dilepaskan di perairan umum sehingga mengakibatkan kerosakan ekosistem.

    “Untuk memastikan bilangannya berjaya diminimumkan, selain pindaan akta, kita juga jalankan kerjasama dengan beberapa komuniti di Pahang, Perak dan Negeri Sembilan bagi memburu ikan berkenaan sama ada dihapuskan atau dijual kepada pihak berkaitan,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts