Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes bunuh OKU: Banyak kesan cedera baru, lama

    Kes bunuh OKU: Banyak kesan cedera baru, lama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemeriksaan post-mortem terhadap seorang wanita kurang upaya intelektual (OKU) yang didakwa dibunuh, menemui banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan mangsa.

    Ketua Polis Daerah Serdang ACP A A Anbalagan berkata terdapat banyak komplikasi pada kecederaan mangsa berusia 20 tahun itu dan keputusan pemeriksaan post-mortem masih menunggu analisis makmal.

    “Terdapat pelbagai kemungkinan punca kecederaan itu…mungkin kesan jatuh, mungkin dera dan ia masih dalam penyiasatan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Polis sebelum ini menahan tujuh individu daripada satu keluarga bagi membantu siasatan kes bunuh wanita OKU di sebuah rumah di Jalan Serdang Raya 1, Seri Kembangan dekat sini, Ahad lepas.

    Mangsa didakwa telah memarahi serta mencubit dua ahli keluarga iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

    Seterusnya, mangsa telah dipukul dengan kayu panjang dan diseterika secara berulang-ulang sehingga mengalami kecederaan pada tubuh badannya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts