Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes bunuh teman wanita: Pemandu lori dirujuk ke hospital bahagia Tg Rambutan

    Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dirujuk ke hospital bahagia Tg Rambutan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini memerintahkan seorang pemandu lori yang didakwa membunuh teman wanita warga Thailandnya dengan menolak wanita itu dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, untuk menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Tanjong Rambutan, Ulu Kinta, Perak.

    Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Sivahnanthan Ragava supaya V Nathan, 37, dihantar untuk pemerhatian psikiatri kerana dipercayai keadaan mentalnya yang tidak stabil.

    Mahkamah juga menetapkan 7 Jun ini untuk menerima laporan psikiatri terkini pemandu lori itu.

    Terdahulu Sivahnanthan yang membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah memberitahu mahkamah bahawa sukar untuk pihaknya mendapatkan arahan dari anak guamnya kerana dia tidak responsif.

    “Anak guam saya telah terbabit dalam kemalangan kenderaan bermotor pada 2018 dan mengalami kecederaan ringan di kepala yang mengakibatkan pendarahan intrakranial (ICB) dan pneumocranium.

    “Saya bimbang dia akan melakukan sesuatu yang buruk ke atas dirinya jika dihantar ke penjara, jadi saya memohon pihak mahkamah yang mulia ini supaya menghantarnya untuk pemeriksaan psikiatri,” kata peguam itu.

    Sivahnanthan turut mengemukakan memo perubatan tertuduh yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang kepada mahkamah.

    Selepas perkara itu tidak dibantah oleh timbalan pendakwa raya Nurul Farah Sofea Norazman, majistret kemudiannya memerintahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan psikiatri selama sebulan.

    Nathan didakwa membunuh Mawika Lumyai, 32, di sebuah kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH, Setia Alam, di Shah Alam pada 10.02 malam, 28 Feb lepas.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan 12 sebatan jika sabit kesalahan.

    ALSO READ:  Warisan urges relocating security bases to Sabah's East coast.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts