Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes dadah: Lelaki terlepas tali gantung, pertuduhan dikurangkan

    Kes dadah: Lelaki terlepas tali gantung, pertuduhan dikurangkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Seorang bekas petugas penyelenggaraan di sebuah kem lapangan terbang tentera terlepas daripada hukuman gantung hari ini apabila tuduhan mengedar dadah yang dihadapinya dikurangkan kepada pemilikan.

    Abdul Salam Zainal Abidin dijatuhi hukuman penjara 10 tahun enam bulan dan 10 sebatan selepas dia mengaku bersalah di hadapan panel hakim Mahkamah Rayuan atas pertuduhan memiliki dadah.

    Bagaimanapun hukuman sebatan Abdul Salam kini berjumlah 15 sebatan dan empat tahun penjara susulan hukuman bagi sabitan terhadap satu lagi pertuduhan memiliki dadah, dikekalkan selepas dia menarik balik rayuannya.

    Lelaki berusia 46 tahun itu diperintahkan menjalani hukuman penjara secara serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 16 Jun 2015.

    Panel hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Azmi Ariffin mengetepikan sabitan dan hukuman mati Abdul Salam bagi pertuduhan mengedar dadah, dan menggantikan pertuduhan kepada pemilikan.

    Terdahulu peguam Abdul Salam, Amer Hamzah Arshad memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi anak guamnya telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara untuk pertuduhan mengedar dadah dikurangkan kepada pemilikan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Khushairy Ibrahim mengesahkan perkara itu.

    Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dia (Abdul Salam) atas pertuduhan memiliki ganja. Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman penjara dan sebat ke atas Abdul Salam.

    Abdul Salam, kakitangan penyelenggaraan di kem tentera lapangan terbang di Sungai Petani, Kedah, (kem lapangan terbang tentera darat) dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 18 Sept 2019 kerana mengedar 517 gram ganja di sebuah rumah di Taman Sri Tanjung, Sg Layar di Sungai Petani, Kedah pukul 9.50 malam pada 16 Jun 2015.

    ALSO READ:  Mahkamah tangguh keputusan, hakim tegur peguam majlis agama

    Mahkamah Tinggi Alor Setar turut mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan lima sebatan kerana memiliki 23.04 gram ganja di aras satu bangunan Kemudik di Bandar Amanjaya di Sungai Petani, Kedah pukul 8 malam pada 16 Jun 2015.

    Dalam prosiding mahkamah hari ini, Amer Hamzah menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 hingga 12 tahun ke atas Abdul Salam, yang membolehkan anak guamnya dibebaskan hari ini selepas mengambil kira satu pertiga pengampunan yang diberikan kerana berkelakuan baik.

    Khushairy bagaimanapun menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara 10 hingga 13 tahun bagi membolehkan sebatan dijatuhkan ke atas Abdul Salam.

    Mahkamah yang bersetuju bahawa hukuman sebat itu perlu dijatuhkan ke atas Abdul Salam, kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun enam bulan dan 10 sebatan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts