Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes DNAA: Saya tiada hak buat ulasan, tanya AG, kata Zahid

    Kes DNAA: Saya tiada hak buat ulasan, tanya AG, kata Zahid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada Peguam Negara yang baharu dan pasukan pendakwa raya untuk memberi penjelasan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskannya (DNAA) dalam kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

    Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno berkata sebagai orang yang terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak mempunyai hak untuk membuat ulasan mengenainya.

    “Tanya Peguam Negara kerana Peguam Negara telah wakilkan kepada pendakwa raya untuk menyatakan 11 fakta di mahkamah, jadi saya sebagai orang terlibat tidak ada hak untuk memberikan ulasan,” katanya.

    “Saya beri kepercayaan kepada Peguam Negara yang baharu (dilantik Rabu lepas) dan pihak DPP untuk membuat penjelasan, jika perlu penjelasan itu dibuat, tetapi 11 fakta yang telah dikemuka di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur itu bagi saya telah memadai kerana mahkamah telah buat keputusan,” tambahnya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Wanita di MRSM Batu Pahat, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RIisda) yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

    Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapinya.

    Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar 11 alasan yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar untuk menghentikan prosiding kes berkenaan.

    Diminta mengulas laporan media mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa wujud tangan ghaib dalam kes berkenaan, Ahmad Zahid meminta beliau untuk fokus kepada tugasnya bagi membangunkan Negeri berkenaan dan tidak hanya berjanji kosong.

    ALSO READ:  Azerbaijan accuses EU of meddling by criticising treatment of jailed journalists

    “Tangan ghaib mungkin ada di Kedah tapi tidak ada di Johor, saya harap dia jalankan tugas sebaiknya untuk selesaikan masalah rakyat di Kedah dan fokus kepada tugas beliau untuk bangunkan Negeri bukan hanya janji kosong pada pilihan raya yang lepas,” katanya.

    Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau sedia untuk disiasat polis di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya beliau melakukan kesalahan dalam ucapannya baru-baru ini sempena program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Melana Indah Fasa 1, Johor Bahru, Ahad lepas.

    “Saya bukan calon, saya boleh kempen untuk calon disukai dan saya harap polis buat siasatan di bawah Akta SPR. Saya rasa tiada kesalahan kerana sebagai Menteri bertanggungjawab dalam soal kemajuan desa dan wilayah, saya mempunyai kemampuan dan tangggungjawab memberikan sesuatu yang baik,” katanya.

    Semalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), membuat laporan polis berhubung ucapan didakwa berbaur sogokan daripada Ahmad Zahid sempena program lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR), Melana Indah Fasa 1, Ahad lepas.

    Semalam Pengerusi Bersih Thomas Fan, berkata ucapan Ahmad Zahid dilihat seperti cuba mempengaruhi pengundi khususnya di Parlimen Pulai apabila mengatakan projek penambahbaikan PPR itu akan diteliti dan diluluskan dengan syarat calon Pakatan Harapan (PH) perlu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts