Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes Esscom: Wanita mengaku di mahkamah bunuh bekas suami dengan gunting

    Kes Esscom: Wanita mengaku di mahkamah bunuh bekas suami dengan gunting

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang wanita mendakwa di Mahkamah Tinggi di Tawau bahawa dia telah menusuk bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas bertengkar di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di ladang kelapa sawit pada malam 13 Januari tahun lalu.

    Nurimah Julai, 35 tahun, memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 7 malam pada hari tersebut, dia dan Nurman pergi ke ladang kelapa sawit dalam kereta Myvi putih yang dipandu oleh arwah, yang terletak 25 minit daripada sebuah hotel di sini untuk membincangkan semula perkahwinan mereka.

    “Saya ajak arwah Nurman pergi ke ladang itu dan dia tanya ‘apa dan siapa ada di sana. Saya kata kau nak nikah sangat dengan saya dan dia cakap ya, saya betul-betul mau nikah sama kau. Saya terus bawa dia ke ladang dan sepanjang perjalanan kami bertengkar kerana dia cakap dia tidak nampak siapa wali saya (untuk bernikah).

    “Saya guna Google maps untuk pergi ke sana dan kami tiba di ladang kelapa sawit itu kira-kira 8 malam. Semasa masuk ke simpang ladang kelapa sawit, saya memilih sendiri jalan sebelah kiri dan berhenti di situ.

    “Ketika itu arwah marah pada saya dan kata ‘kau mau main-main sahaja’. saya cuba tekan maps tetapi tidak dapat, saya pindah dari tempat duduk sebelah pemandu ke belakang pemandu,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abd Rahman di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol.

    Nurimah berkata apabila sampai ke satu tempat berpokok besar, dia ditampar oleh bekas suaminya di muka dan dia naik berang dan cuba melawan balik Nurman.

    “Dia kata kau ini menipu saja sama saya. Kau tidak mau nikah sama saya dan arwah meminta mereka patah balik kerana di situ jalan mati.

    ALSO READ:  US House task force to investigate Trump assassination attempt

    “Selepas itu, dia cuba pusing balik dan waktu itu dia pukul saya dengan tangan kirinya. Kemudian saya tidak dapat kawal emosi dan terus ambil gunting dalam beg saya dan menikamnya. Tiada sesiapa berada di situ,” katanya.

    Saksi pendakwaan ke-23 itu berkata demikian semasa hari kelapan perbicaraan kes bunuh Nurman, 61, yang melibatkan lapan tertuduh iaitu bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain, enam anggota polis dan seorang awam.

    Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di sini, antara 7.30 hingga 11.30 malam pada 13 Januari tahun lalu.

    Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

    Mat Zaki, 59, pula dituduh dengan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

    Disoal TPR Rohaiza, apakah tujuan saksi membawa arwah ke ladang kelapa sawit, Nurimah menjawab, “Pada masa itu saya tidak pasti apa tujuan sebenar saya tetapi dia mendesak mahu menikah dan minta wali keluarga, jadi saya tidak tahu buat apa dan kami bergaduh dalam kereta”.

    Kepada soalan Rohaiza, saksi berkata pada 12 Januari 2023, arwah ada menghubungi dan meminta untuk berjumpa bagi memulangkan telefon yang dirampas arwah pada 9 Januari di sebuah kelab di Lahad Datu.

    “Dia juga merayu ingin merujuk balik dengan saya dan minta untuk bernikah dengan saya. Saya setuju dan cadangkan kami pergi ke Tawau. Kami tiba di Tawau pada 12 Januari 2023 dan keesokannya, arwah mengajak saya membeli baju dan cincin nikah,” katanya yang sebelum ini berkahwin dengan Nurman pada 2017 sebelum bercerai pada 2021.

    ALSO READ:  Presiden Mesir tolak penempatan penduduk Palestin ke Mesir

    Disoal TPR Rohaiza mengenai hubungan saksi itu dengan Nurman selepas bercerai, wanita itu menjawab “hubungan kami memang tidak baik dan selepas bercerai, Nurman masih mengekorinya di mana sahaja saya bekerja”.

    Mat Zaki bersama tujuh lelaki itu hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan masing-masing selepas pendakwaan memutuskan tidak mahu meneruskan kes terhadap kesemua tertuduh selepas mendengar keterangan Nurimah yang mengaku membunuh Nurman.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts