GLOBAL l Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan isterinya Bushra Bibi, dijatuhi hukuman penjara 14 tahun pada Rabu dalam kes yang melibatkan hadiah negara atau kes Toshakhana.
Hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah di bandar markas tentera di timur laut Penjara Adiala Rawalpindi, di mana bekas perdana Menteri tersebut sedang menjalani hukuman, menurut Agensi Anadolu.
Pada hari sebelumnya, Khan dan bekas Menteri luar Shah Mahmood Qureshi telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana melanggar Akta Rahsia Negara.
– Bernama-Anadolu