Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes hasutan: Polis rakam keterangan Ngeh, 66 saksi

    Kes hasutan: Polis rakam keterangan Ngeh, 66 saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, berhubung cadangannya agar kerajaan melantik pakar bukan Islam menyertai jawatankuasa berkaitan undang-undang syariah.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zin, berkata setakat ini seramai 66 saksi dipanggil dan dirakam keterangan mereka bagi membantu siasatan.

    “Ia termasuk keterangan pengadu yang membuat laporan serta pihak media yang terlibat,” katanya dipetik Utusan Online.

    Dalam perkembangan sama Mohd Shuhaily memberitahu, sebanyak 70 laporan diterima polis yang dibuat orang ramai di seluruh negara.

    Mohd Shuhaily memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

    Pada 28 Dis lalu menyarankan agar pakar perlembagaan dalam kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah.

    Bagaimanapun, cadangan tersebut mendapat kecaman yang meluas, dengan gabungan NGO Islam turut menuntut DAP memecat ahli parlimen terbabit.

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang merupakan pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam turut berpesan kepada orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

    Dua hari kemudian, Ngeh meminta maaf dan menarik balik kenyataannya.

    Katanya dia langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam dengan membuat cadangan itu.

    “Saya menjangka proses ini akan melibatkan cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

    “Cadangan saya adalah untuk memastikan bahawa semua pandangan diambil kira sebelum apa-apa cadangan pindaan di buat.

    “Sehingga ia dijelaskan baru-baru ini, saya tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas tersebut sebenarnya telah dibentuk oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” kata Ngeh.

    ALSO READ:  Muhyiddin tak layak beri kenyataan, kata Fahmi

    Pada 12 Jan lepas, kediaman Ngeh di Perak dibakar menyebabkan tiga kereta musnah.

    Ngeh menuding jari kepada PAS dan Bersatu yang didakwanya mengapi-apikan orang ramai supaya orang membencinya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts