Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Kes hasutan Sanusi bukan rumit, boleh dibicara di mahkamah sesyen'

    ‘Kes hasutan Sanusi bukan rumit, boleh dibicara di mahkamah sesyen’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pihak pendakwaan berhujah tidak ada keperluan untuk memindahkan kes hasutan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, kerana ia tidak melibatkan isu perundangan yang rumit.

    Timbalan Pendakwa Raya (TPP) Masri Mohd Daud berkata demikian dalam afidavit untuk membantah permohonan  pemimpin PAS itu supaya kes hasutannya dibicarakan di mahkamah tinggi.

    “Kes ini tidak melibatkan isu undang-undang yang rumit, kompleks atau luar biasa yang memerlukan perbicaraan di mahkamah tinggi.

    “Terdapat banyak duluan undang-undang yang ditetapkan oleh mahkamah tinggi berhubung isu Akta Hasutan 1948 (Akta 15).

    “Hakim mahkamah sesyen yang arif adalah kompeten dan berwibawa untuk mengetuai kes jenayah dalam bidang kuasa Mahkamah Sesyen, termasuk kes di bawah Akta 15 yang didakwa oleh pemohon (Sanusi),” kata Masri dalam afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi bertarikh 23 Januari.

    Sanusi pada Julai tahun lalu, dihadapkan ke mahkamah sesyen dan memohon untuk dibicarakan atas  dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan dalam satu ceramah politik.

    Adun Jeneri itu didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat Kuala Lumpur pada 11 malam, 11 Julai tahun lepas.

    Kedua-dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts