Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes keganasan rumah tangga di S'gor naik sejak 2017

    Kes keganasan rumah tangga di S’gor naik sejak 2017

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Selangor menjadi Negeri tertinggi di Malaysia yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga dengan peningkatan jumlah kes terbabit dilaporkan bermula sejak 2017, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

    Beliau berkata Selangor menjadi Negeri yang mencatatkan kes keganasan rumah tangga tertinggi berbanding Negeri lain bagi tiga tahun kebelakangan ini, manakala untuk tempoh Januari hingga Ogos tahun ini sahaja sebanyak 813 kes dilaporkan.

    “Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga di Selangor sejak 2017 hingga 2021 kecuali penurunan pada 2022 sebanyak 466 kes,” katanya sesama berucap pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Memerangi Rumah Tangga 2023 Polis Selangor di Shah Alam hari ini.

    Beliau berkata untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini, daerah yang mencatatkan kes tertinggi ialah Gombak (147 kes), Kajang (91 kes) dan Petaling Jaya (79 kes) manakala daerah yang mencatatkan kes terendah direkodkan di Shah Alam (21 kes), Sabak Bernam (25 kes) dan Sungai Buloh (26 kes).

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

    Hussein berkata isteri kerap menjadi mangsa bagi kes berkenaan diikuti adik-beradik dan suami selain turut melibatkan mangsa lain seperti bekas suami, bekas isteri, madu, ipar, menantu dan sepupu.

    Katanya, pihak polis memandang serius kes keganasan rumah tangga dan masyarakat harus mengubah tanggapan “tidak menjaga tepi kain orang” memandangkan kes jenayah itu boleh mendatangkan mudarat sehingga menyebabkan kematian jika dibiarkan berlarutan.

    Dalam pada itu, berhubung kenyataan fitnah berkaitan dakwaan terdapat arahan penutupan 200 pusat tahfiz di Negeri ini, beliau berkata kertas siasatan kes berkenaan telah lengkap.

    “Kita telah merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan ada satu dua perkara lagi yang perlu kita ambil tindakan, namun belum ada sebarang tangkapan atau arahan untuk pertuduhan setakat ini,” katanya.

    ALSO READ:  Isu derma: SPRM siasat Aman Palestin Bhd

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts