Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes kehilangan Bella: Penduduk terkejut penemuan rangka manusia

    Kes kehilangan Bella: Penduduk terkejut penemuan rangka manusia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penduduk di Lorong Imam Jailani, Batu 7 Tongkang Pechah, dekat Batu Pahat dikejutkan dengan penemuan rangka manusia yang tidak sempurna selain pakaian di samping rangka itu oleh polis di dalam sebuah rumah terbiar di dalam kawasan kejiranan itu petang semalam.

    Seorang penduduk, Md Hairunizal Alimon, 56, berkata dia sendiri tidak pernah terserempak dengan sebarang kejadian pelik atau terdengar tangisan atau jeritan seseorang berhampiran kawasan kediamannya itu.

    Dia berkata penduduk hanya menyedari adanya rangka manusia di rumah berkenaan setelah melihat kehadiran pihak polis di kawasan penemuan rangka itu.

    “Dalam masa sebulan ini juga, kami tidak melihat kenderaan yang mencurigakan masuk ke bahagian belakang lorong ini, terutamanya ke rumah kosong yang terbiar, di mana rangka itu ditemui.

    Kalau ada pun cuma lori yang membawa tanah atau batu untuk menambak tanah berhampiran kebun kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pemberita, berhampiran kawasan penemuan rangka itu, hari ini.

    Sementara itu, isterinya Fadilah Md Mery, 51, berkata sepanjang sebulan ini juga dia tiada terhidu apa-apa bau pelik kecuali bau ikan kerana terdapat tempat penjualan ikan di hadapan rumah.

    Dia turut tidak mencurigai apa-apa apabila kenderaan yang memasuki lorong ini, kebiasan mereka yang menggunakannya hanya untuk membuat pusingan U selepas mengambil anak masing-masing dari sekolah.

    “Selain itu, ada juga orang luar ke sini tetapi ianya waktu siang dan kita penduduk tidak mengesyaki apa-apa kerana kebanyakannya datang untuk membeli ikan,” katanya sambil memaklumkan rumah itu kosong dan terbiar selama empat tahun.

    Pada 14 Disember tahun lepas, seorang ibu tunggal dua anak, Mira Sharmila Samsusah, 32, yang dikenali sebagai Bella gagal dihubungi selepas keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada pukul 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

    ALSO READ:  Melayu bakal 'hilang': Mahathir kian tertekan, kata Veteran Umno

    Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi.

    Dalam masa yang sama, kakak Bella, Norisham Samsusah, 36, berkata jika berdasarkan laporan penemuan rangka bersama cebisan kain di lokasi, ianya hampir menyerupai ketika adiknya keluar daripada rumah, namun keluarganya tetap berharap keputusan ujian DNA yang dilaksanakan bakal merungkai kehilangan ibu tunggal berkenaan.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah dalam kenyataannya hari ini memberitahu bezah siasat terhadap rangka yang ditemui telah dilakukan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.

    “Sampel patalogi juga telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan DNA dan tahanan reman terhadap tiga suspek dibenarkan sehingga 27 Jan depan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

    Semalam, kira-kira pukul 2 petang polis menemukan rangka berkenaan setelah salah seorang suspek menunjukkan lokasi itu kepada pihak polis.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts