Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes kehilangan Bella: Rangka manusia jika Islam diurus seperti jenazah biasa -...

    Kes kehilangan Bella: Rangka manusia jika Islam diurus seperti jenazah biasa – Exco

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rangka manusia yang ditemukan tidak sempurna perlu diuruskan sebagaimana jenazah biasa jika disahkan ia milik individu beragama Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid.

    Beliau berkata rangka itu perlu disempurnakan seperti jenazah yang lengkap iaitu dimandi, dikafankan hinggalah dikebumikan.

    Mohd Fared (gambar, bawah) berkata penyempurnaannya perlu diuruskan dan dikebumikan hingga setakat mana rangka itu ditemukan, selain ia boleh disatukan walaupun tidak lengkap seperti mayat yang sebenar.

    “Kita telah maklum berkenaan penemuan rangka manusia di Tongkang Pechah baru-baru ini.

    “…sekiranya rangka itu milik individu beragama Islam, ia perlu disempurnakan macam uruskan mayat yang sebetulnya,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan penemuan rangka manusia tersebut.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Perbadanan Islam Johor (PIJ) di Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM, di Batu Pahat hari ini.

    Pada Jumaat lepas, polis menemukan rangka manusia tidak lengkap di Lorong Imam Jailani, Batu 7, Tongkang Pechah, di Batu Pahat, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella.

    Pada 14 Dis lepas, Bella dilaporkan keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada 11.50 malam dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran dan gagal dihubungi sejak itu.

    Mengenai MoU yang dimeterai, Mohd Fared memaklumkan UTHM dan PIJ akan bekerjasama dalam beberapa bidang antaranya kemanusiaan dan sains sosial, penerbitan, perundingan, latihan dan pembangunan kerjaya, khidmat sosial serta usaha sama dan perkongsian program pemacuan sosio ekonomi Johor.

    ALSO READ:  Menteri: Pastikan ajaran sesat Mhd Mohib Khouli Nazem tak tersebar

    “Saya berharap kerjasama seumpama ini dapat memberi manfaat berterusan bukan sahaja kepada UTHM dan PIJ, malah pelajar serta masyarakat khususnya di Johor,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts