Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes kereta Menteri ekori ambulans sudah selesai - Polis Perak

    Kes kereta Menteri ekori ambulans sudah selesai – Polis Perak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kes kenderaan rasmi Menteri yang mengekori rapat sebuah ambulans di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, awal bulan lepas telah diselesaikan, kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

    Mohd Yusri berkata tindakan mahkamah telah diambil dan pihak yang terlibat telah dikenakan kompaun.

    “Mahkamah telah mengambil tindakan terhadap kes tersebut… sudah selesai.

    “Mereka telah memberikan kerjasama yang baik kepada semua,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak, di Ipoh hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan kes berkenaan.

    Pada 3 Februari lepas, tersebar di media sosial tindakan sebuah kenderaan rasmi Menteri mengekori rapat sebuah ambulans yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke lokasi kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan antara Simpang Pulai menghala ke Tapah, Perak.

    Kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang menetapkan bahawa pemandu harus memberi laluan kepada kenderaan kecemasan yang mempunyai lampu siren menyala.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts