Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes kusta di Malaysia meningkat 40 peratus pada 2023

    Kes kusta di Malaysia meningkat 40 peratus pada 2023

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bilangan kes kusta yang baru dilaporkan di negara ini meningkat sebanyak 40 peratus kepada 256 kes pada tahun 2023 berbanding dengan 183 kes pada tahun sebelumnya.

    Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, menyatakan peningkatan ini berlaku disebabkan oleh pengukuhan aktiviti mencari dan mengesan kes secara berterusan di lapangan.

    “Pengukuhan ini adalah sejajar dengan cadangan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mencapai sasaran sifar kes kusta tempatan baru menjelang tahun 2030.

    “Pengesanan awal kes dan kontak rapat dapat mengawal penyakit kusta daripada merebak, manakala rawatan awal pula dapat mengurangkan komplikasi penyakit dan kecacatan kekal,” katanya.

    Beliau juga menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan pemberian rawatan profilaksis dos tunggal Rifampicin kepada kontak rapat dan komuniti berisiko, sebagaimana yang dicadangkan oleh WHO sebagai langkah tambahan bagi mengurangkan risiko jangkitan kusta.

    Hari Kusta Sedunia disambut pada hari Ahad terakhir bulan Januari setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang kusta yang masih wujud dan boleh merebak.

    Tema Hari Kusta Sedunia pada tahun ini ialah Hentikan Kusta, yang menyeru kepada semua pihak untuk bersama-sama mencegah penularan dan menghentikan jangkitan kusta di Malaysia.

    Dzulkefly Ahmad menekankan bahawa individu yang mengalami gejala dan tanda-tanda jangkitan kusta perlu menjalani ujian torehan kulit atau biopsi kulit untuk pengesahan diagnosis.

    “Penyakit ini boleh dirawat dengan pengambilan multi drug therapy (MDT) yang perlu diambil setiap hari selama 6 bulan hingga 18 bulan.

    “Namun jika tidak mendapat rawatan atau terlambat, pesakit boleh mengalami komplikasi seperti buta, kelemahan, dan kecacatan kekal di otot kaki dan tangan,” katanya.

    KKM juga menyeru semua individu untuk terlibat dalam aktiviti yang boleh meningkatkan kesedaran tentang penyakit kusta.

    ALSO READ:  Isu Palestin: Anwar akan bertemu Erdogan

    “Persekitaran yang positif dan sokongan kepada pesakit dan individu yang terkesan dengan penyakit kusta sangat penting bagi meningkatkan kualiti hidup mereka, menamatkan stigma dan diskriminasi, serta mencapai sasaran sifar kes kusta tempatan,” tambahnya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts