Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes lelaki Israel miliki pistol: 10 individu ditahan semula bawah Sosma

    Kes lelaki Israel miliki pistol: 10 individu ditahan semula bawah Sosma

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sepuluh individu yang disyaki mempunyai kaitan dalam kes berkaitan lelaki Israel yang didakwa memiliki senjata api ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

    Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata 10 individu termasuk tiga warga asing ditahan semula selepas tempoh reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 mereka tamat, pada hari Selasa dan semalam.

    “Tiga daripada mereka telah dituduh iaitu warga Israel (Avitan Shalom) dituduh di Mahkamah Jalan Duta baru-baru ini manakala pasangan suami isteri pula dituduh di Mahkamah Sesyen Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

    Jumaat lepas lelaki warga Israel yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru di sebuah hotel di ibu negara bulan lepas.

    Pada 8 April lepas pula satu pasangan suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang terhadap pertuduhan yang berkaitan dengan pemilikan senjata api berkenaan.

    Terdahulu Rusdi menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras melibatkan pelantikan Ketua Polis Daerah Cheras yang baru, ACP Ravinder Singh Sarban Singh menggantikan ACP Zam Halim Jamaluddin yang akan bertukar ke Maktab Teknik PDRM Bakri Muar Johor.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts