Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes MYAirline: Polis beku akaun bank individu berkaitan

    Kes MYAirline: Polis beku akaun bank individu berkaitan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis telah mengenal pasti lebih ramai individu yang dikaitkan dengan MYAirline yang dipercayai boleh membantu siasatan terhadap syarikat penerbangan itu yang menghentikan operasi baru-baru ini.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata polis juga dalam proses membekukan kira-kira 15 akaun bank yang dikaitkan dengan individu berkaitan, dan menggesa mereka tampil ke hadapan.

    Selain itu, tambahnya, penyiasat juga telah memperoleh lanjutan perintah reman terhadap pengasas bersama MYAirline, yang ditahan pada Selasa di bawah undang-undang antipengubahan wang haram.

    “Siasatan sedang diteruskan dan JSJK telah mengenal pasti beberapa lagi individu yang boleh memberi keterangan dalam membantu siasatan kes. Adalah lebih baik jika mereka tampil untuk memberi kerjasama untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

    “Selain daripada itu, pihak PDRM juga dalam proses membekukan lebih daripada 15 akaun yang berkait dengan individu yang terkait dengan kes ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Menurut Ramli, akaun bank itu mengandungi kira-kira RM5 juta secara keseluruhan dan milik beberapa orang berkepentingan yang dikenal pasti.

    Awal minggu ini dilaporkan polis telah menahan pengasas bersama syarikat penerbangan itu, yang bergelar ‘Datuk’, bersama isteri dan anak lelakinya.

    Kesemua mereka ditahan di Shah Alam dan kemudian direman bagi memudahkan siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

    Polis telah membebaskan isteri dan anak pengasas bersama berusia 57 tahun itu, manakala perintah remannya dilanjutkan dua hari sehingga esok.

    Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan terhadap MYAirline dan mereka yang berada di belakang syarikat penerbangan itu selepas syarikat itu mengumumkan minggu lalu bahawa ia telah menghentikan operasi kerana kekangan kewangan dan menasihatkan penumpang supaya tidak pergi ke lapangan terbang.

    ALSO READ:  Mangsa gangguan seksual dalam talian digesa buat laporan

    Menurut Kementerian Pengangkutan, kira-kira 125,000 orang, termasuk mereka yang membeli tiket penerbangan lebih awal, terjejas oleh keputusan mengejut itu.

    Nilai jualan tiket – ditempah sehingga Mac 2024 – berjumlah lebih kurang RM20 juta.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts