Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes pedofil: Polis Kelantan terima laporan guru MRSM Tumpat

    Kes pedofil: Polis Kelantan terima laporan guru MRSM Tumpat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang guru yang dituduh melakukan pedofil oleh seorang pelajar di media sosial membuat laporan polis dengan mendakwa dia difitnah, kata polis.

    Menurut Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun laporan itu dibuat oleh seorang guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.

    Katanya guru terbabit membuat aduan di Balai Polis Tumpat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

    New Straits Times melaporkan kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu kerana menggunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar untuk membuat atau menyebarkan komen dalam talian.

    Susulan dakwaan sebelum ini, Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan siasatan segera dan menyeluruh dibuat oleh satu pasukan penyiasat dari ibu pejabat.

    Dia turut memaklumkan guru berkenaan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.

    Pada 28 Mac lalu, dakwaan itu tular di media sosial apabila dengan seorang pelajar mendakwa guru itu masih bekerja di sekolah berasrama penuh berkenaan walaupun banyak dakwaan telah dilaporkan terhadapnya.

    Individu itu mendakwa dia dan rakan-rakannya adalah antara mangsa perbuatan guru terbabit.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts