Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes pukul sampai mati: Reman 5 individu disambung

    Kes pukul sampai mati: Reman 5 individu disambung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tempoh tahanan terhadap lima lelaki yang disyaki memukul seorang lelaki hingga maut di Taman Pelangi Semenyih 2 dekat Kuala Lumpur, Selasa lepas disambung empat hari lagi.

    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan dalam kenyataan ringkas berkata kesemua yang berusia 22 hingga 52 tahun disambung hingga tahanan hingga Khamis ini.

    Jumaat lepas, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata selain lima lelaki berkenaan, pihaknya turut menahan dua lagi lelaki berusia 23 dan 40 tahun di Kajang yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dengan kedua-duanya ditahan lima hari hingga Selasa ini.

    Beliau menyatakan bahawa dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan yang melibatkan lelaki terbabit juga telah membuat laporan polis.

    Pada Rabu, media melaporkan lelaki berusia 42 tahun diikat tangannya sebelum ditarik keluar daripada kereta oleh orang awam selepas kemalangan dan dipukul hingga mati.

    Kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki yang memandu Proton Saga kelabu terlibat kemalangan dengan penghantar makanan dan beberapa kenderaan lain.

    Sejurus selepas kemalangan itu, mangsa dikatakan telah dikejar oleh orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts