Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes rasuah: Reman bekas setiausaha politik, 'Datuk Seri' disambung

    Kes rasuah: Reman bekas setiausaha politik, ‘Datuk Seri’ disambung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberikan kebenaran untuk menyambung reman bekas setiausaha politik kepada seorang bekas Menteri dan seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk Seri” berhubung kes meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian.

    SPRM dalam kenyataan hari ini berkata perintah reman selama tiga hari itu bermula esok hingga 30 Jan ini terhadap kedua-dua suspek yang berumur sekitar 40-an.

    Perintah reman itu dikeluarkan majistret Ain Nurshahira Sahzan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

    Sebelum ini, kedua-dua suspek itu telah direman selama empat hari bermula 24 Jan lepas bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

    Mereka dipercayai telah menerima suapan daripada syarikat serta kontraktor yang mendapat tender kerja di sebuah kementerian pada 2020 hingga 2021 bernilai jutaan ringgit.

    Sepanjang tempoh siasatan, SPRM berkata beberapa buah kenderaan mewah yang dmiliki oleh suspek telah disita dan dirampas.

    Kenderaan tersebut adalah Rolls Royce Ghost V12 Ewb, Mercedes-Benz G63 Amg Brabus, Range Rover Autobiography, Porche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works Rhd, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz S400L.

    SPRM berkata kesemua kenderaan mewah itu kini disimpan di gudang sitaannya.

    Menurut SPRM kenderaan mewah tersebut dipercayai adalah hasil sumber rasuah yang telah diperoleh oleh suspek bersangkutan dengan tender di kementerian terbabit.

    Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan lanjutan reman terhadap dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts