Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes rasuah ujian air kencing: SOP baru hospital lebih ketat - Exco

    Kes rasuah ujian air kencing: SOP baru hospital lebih ketat – Exco

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Patologi di sebuah hospital di Negeri ini telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baru yang lebih ketat bagi mengelakkan kes rasuah membabitkan ahli patologi berlaku.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon berkata beliau percaya kesemua kakitangan di jabatan itu dapat mematuhi SOP baru tersebut.

    Beliau berkata hanya segelintir kakitangan Jabatan Patologi termasuk ahli patologi dan pembantu makmal yang sedang disiasat berhubung kes itu dan mereka telah dipindahkan tempat kerja.

    “Jika mereka yang disiasat ini ada buat salah, biarlah mereka berdepan dengan hukuman undang-undang.

    “Namun sekiranya tidak bersalah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mempercepatkan siasatan tersebut supaya mereka yang tidak bersalah dapat membersihkan nama mereka dan Jabatan Patologi terbabit,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Kota Iskandar di Iskandar Puteri baru-baru ini.

    Beliau berkata kerajaan Negeri memandang serius kes tersebut dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) serta hospital terlibat sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan.

    SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai patologi sebuah hospital yang disyaki merasuah ahli patologi di sebuah hospital di Negeri ini berhubung keputusan ujian saringan air kencing.

    Penahanan tersebut dibuat susulan wujud persoalan berhubung ratusan kes dadah yang mungkin dilepaskan dan perlu disiasat semula, ekoran perbuatan ahli patologi itu.

    Gambar fail, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat.

    Beberapa media melaporkan hasil siasatan SPRM mendapati 33 pegawai dan penolong pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh daerah di Johor dipercayai terbabit bersama ahli patologi itu sejak 2018.

    Pada 10 Jan lepas, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap sebahagian daripada 33 pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam kes rasuah membabitkan ahli patologi di sebuah hospital.

    ALSO READ:  Moldova's Socialists field 'unified opposition' candidate in presidential poll

    Kamarul Zaman dipetik sebagai berkata mereka yang terlibat telah dipindahkan tempat kerja, supaya tidak lagi melakukan penugasan yang sama sehingga siasatan selesai.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts