Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes rogol amah: Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan rayuan Paul Yong

    Kes rogol amah: Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan rayuan Paul Yong

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mengetuai pasukan pembelaan dalam rayuan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh Paul Yong Choo Kiong terhadap sabitan, hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan rotan kerana merogol pembantu rumahnya pada 2019.

    Sumber mengesahkan kepada Bernama bahawa Hisyam akan mengetuai pasukan pembelaan bersama peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir dalam rayuan itu.

    Mahkamah Rayuan menetapkan 30 Jan 2024 bagi pendengaran rayuan Yong.

    Kes Yong juga ditetapkan pada Selasa (5 Dis) di hadapan Mahkamah Rayuan untuk pendengaran permohonan bagi memasukkan alasan tambahan kepada petisyen rayuannya.

    Pada 27 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Yong bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di sebuah bilik di rumahnya di Ipoh, Perak antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

    Yong, 53, diberi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. 

    Mahkamah Tinggi juga membenarkan Yong diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah.

    Yong dalam keterangannya menafikan beliau merogol mangsa.

    Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dalam keputusannya berkata mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa pembelaan Yong iaitu kejadian rogol itu tidak berlaku adalah tidak boleh dipercayai, hanya penafian dan pemikiran semula.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts