Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes rumah Ngeh: Polis teruskan siasatan, tumpu di Perak

    Kes rumah Ngeh: Polis teruskan siasatan, tumpu di Perak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Polis masih menjalankan siasatan untuk menjejak suspek dalam kes khianat api terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Manjung pada 10 Januari lepas.

    Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata setakat ini tiada tangkapan baru dilakukan pihak polis.

    “Kita masih menjalankan siasatan untuk menjejak suspek, setakat ini tiada (saksi baru yang dipanggil). Siasatan masih diteruskan, sekarang siasatan (tertumpu) di Perak,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Pada Selasa lalu seorang lelaki berumur 30-an dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

    Ia melibatkan perbuatan khianat dengan api kerana disyaki melontar kediaman Ngeh dengan molotov cocktail.

    Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah dalam kenyataan pada hari itu berkata lelaki terbabit akan menjadi saksi sekiranya diperlukan.

    Justeru, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kebakaran itu menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Azalan Ab Karim melalui talian 019-3927837 bagi membantu siasatan pihak polis.

    Dalam kejadian awal pagi 10 Januari lalu rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan molotov cocktail menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts