Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo

    Kes saman fitnah: Na’im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo, dalam kes saman fitnah.

    Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Mohd Na’im selaku plaintif berkata permohonan itu dibuat, berikutan Wan Muhammad Azri selaku defendan belum memasukkan kehadiran dalam kes saman berkenaan.

    “Permohonan itu (penghakiman ingkar) akan difailkan di Mahkamah Tinggi di sini, dalam masa terdekat.

    “Pada pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong hari ini, mahkamah menetapkan 27 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya,” kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.

    Mohd Na’im yang memfailkan saman itu pada 19 Okt tahun lepas, mendakwa Wan Muhammad Azri menerbitkan satu hantaran terhadapnya di akaun Facebook milik defendan dikenali sebagai ‘Sir Azri’ bertarikh 18 Sept 2023.

    Menurutnya dalam hantaran Facebook itu, defendan memuat naik satu klip video berdurasi enam minit 41 saat, yang merupakan klip video diambil daripada akaun TikTok ‘@nurhafizulbadrulhisham’.

    Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), tidak membuat atau melakukan apa-apa tindakan positif bagi kesejahteraan agama Islam, memandangkan plaintif kononnya mempunyai kes berkaitan tuduhan seksual atau lucah, maka planitif seorang penunggang agama yang tidak cakna dengan kestabilan masyarakat Melayu beragama Islam di Malaysia.

    Beliau mendakwa kenyataan fitnah tersebut menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, menjatuhkan maruah dan merendahkan status plaintif di mata masyarakat umum.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts