Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesKes seleweng RM1 juta: Bekas penolong pegawai tadbir IPTS Perlis direman

    Kes seleweng RM1 juta: Bekas penolong pegawai tadbir IPTS Perlis direman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas penolong pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Perlis direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan wang institusi itu berjumlah RM1 juta antara 2022 hingga 2023.

    Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nurshahida Abdul Rahim sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

    Menurut sumber, lelaki berusia 33 tahun itu merupakan seorang daripada dua lelaki yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara berasingan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur dan Perlis, semalam.

    “Di antara tahun 2022 dan 2023, seorang suspek menggunakan jawatannya sebagai “special officer” di sebuah IPTS di Perlis untuk memindahkan wang daripada akaun IPTS tersebut ke akaun bank miliknya dan akaun bank milik seorang lagi suspek yang juga kakitangan IPTS tersebut pada ketika itu yang berjumlah hampir RM1 juta bagi kepentingan mereka,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Suzeliyana Hashim mengesahkan penahanan berkenaan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts